Thursday, May 6, 2010

Teka-teki: 2 S 1 M

Apakah 2 S 1 M?
Cuba teka, apa dia?

Klu ada di bawah ini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ikan bakar, air asam, sambal ikan dan sayur campur.
Hidangan makan tengah hari untuk saya dan en. suami.
Siap dalam masa sejam semasa waktu rehat kerja.
(Saya sendiri macam tak percaya. Hihi)



Kek Batik
Sudah lama kepingin nak makan, tidaklah susah membuatnya.
Antara rajin atau malas sahaja. ;)


Ini resepinya. Saya salin dari satu blog resipi.
(Alamak, tak ingat pula blog siapa. Minta izin ya kepada empunya resipi)


Sarapan pagi pada penghujung minggu. Ini sahaja yang sempat dibuat.
Kira OK lah, kan? Daripada makan biskut cicah air sahaja ;)


Nasi Goreng Special
Ada add-on ayam masak kicap & french fries. Ada sesiapa mahu order?


Kalau mood saya sedang rajin untuk ke dapur + macam-macam yang teringin hendak makan + cukup bahan perkakas, insya-Allah ada la hasilnya. Cuma antara jadi ataupun tidak je. En suami sahaja hakim besar setakat ini. Yang bestnya, dia makan je semua yang saya masak. Terima kasih, abang....


Oh, sekali lagi mahu tanya, apa 2S 1 M tu?
.
.
.
.
.
.
Jawapannya ialah........
.
.
.

Saya Suka Makan

('';)


* Tapi kurang minum. En. suami sangat marah perangai ini. Huhu...

Monday, May 3, 2010

Zuriat Pertama Kami

Sebulan 'ia' tidak datang seperti rutin bulanan kebiasaan. Saya excited kerana sudah terfikir, mungkinkah saya....? Untuk memuaskan hati, saya singgah di 7e selepas balik dari kerja dan membeli 'benda itu'. Malamnya, saya sengaja tidak khabarkan pada en. suami, mahu surprisekan dia dan saya juga.

Pagi esoknya, saya keluarkan 'benda itu'. En. suami yang bukakan kotaknya sementara saya di bilik air. Dia hulurkan 'benda itu' dan saya masukkan ke dalam bekas berisi urine. 2 minit kemudian, saya tunjukkan pada en. suami keputusannya. Saya antara percaya dan tidak percaya, betulkah? Saya ambil kotak dan baca semula instructionnya. "Ya, keputusan ini benar, tidak syak lagi!"




Pertama kali seumur hidup beli 'benda ini'

Oleh sebab masih tidak puas hati, saya minta en.suami google seacrh di internet, benarkah keputusan daripada Urine Pregnancy Test ini? Sejauh mana kesahihannya? Jika mengikut hasil pencarian en. suami, kemungkinan besar ia benar dengan keadaan saya. Tetapi saya masih juga tidak puas hati 100%, jadi saya ajak en.suami ke Pusrawi PJ.



2 Dis 2009 - Inilah keputusannya. Alhamdulillah!

Saya tersenyum girang dan gembira tak terkata. Doktor juga 3 kali ucapkan tahniah (tak silap saya). Tapi, ini kali pertama dan terakhir saya check up di Pusrawi kerana terlalu ramai pesakit dan pemeriksaan untuk ibu mengandung hanya sebelah petang dan malam. Lalu, untuk bulan pertama, suami membawa saya buka kad baru di MAIS.



Klinik Majlis Agama Islam Selangor, PJ



15 Dis 2009 - Scan bulan pertama di MAIS.
Belum nampak apa2 lagi, cuma seperti sebutir kacang.


13 Jan 2010 - Scan bulan ke-2 di MAIS.

Kata doktor, denyutan jantung janin tidak kelihatan. Doktor nampak panik, saya, apatah lagilah. Doktor berikan surat arahan untuk buat 3D ultrasound di klinik swasta bawah PPUM esok hari. Dia juga tanya, saya plan bersalin di hospital kerajaan atau swasta? Siap terangkan pro n cons kedua2nya. Saya jawab, kami mungkin pilih hospital kerajaan sahaja. Jadi, itulah kali terakhir kami ke klinik MAIS.

Malam itu, saya bertambah risau dan tidak boleh tidur. Pagi-pagi lagi, saya hubungi no yang doktor beri dan terus setkan appointment, tapi sebelah petang sahaja dibuka. Oh, lambatnya jam 3 petang! Kepala saya berpusing. Hubungi Fariz, abang ipar adik saya (Syakir) tanyakan di mana dia bawa isterinya scan. Katanya di PPUM. Saya teringat pada Kak Shaza (HR PTS) dan minta no KJMC. Terus sahaja saya call. Mereka minta datang sebelah pagi kerana tidak ramai pesakit. Alhamdulillah, memang saya pun tidak mahu menunggu hingga petang. Terus sahaja ajak suami ke sana.



14 Jan 2010 - Scan bulan ke2 kali ke-3 di Kelana Jaya Medical Centre. Alhamdulillah, janin bernyawa dengan baik. Nampak kan, dia yang terbaring itu! Syukur padamu, ya Allah.

Dr Fatimah Najla sangat peramah. Saya tunjukkan padanya surat arahan dan kad rekod dari MAIS. Katanya, mungkin mesin komputer di sana jenis lama dan tidak dapat lihat dengan jelas. Harganya sekarang mungkin RM40k sahaja. Iyalah, saya setuju. Dibandingkan dengan mesinnya yang boleh imbas 4D, boleh nampak rupa baby, berwarna, siap boleh save dalam cd dan bagi pada bakal ayah ibu. Tapi, doktor pula yang tak sarankan buang duit ke situ sebab banyak lagi keperluan lain yang lebih penting untuk baby. Betul3. ;)

Alhamdulillah, tengah hari itu saya masuk ke pejabat dengan hati yang tenang.

Ya Allah, aku bersyukur. Penantian sekian lama akhirnya dimaqbulkan olehmu. Permudahkanlah aku melalui cabaran selama 9 bulan 10 hari ini. Berikanlah aku kekuatan. Jadikanlah zuriat ini penyambung kasih sayang antara aku dan suamiku juga jambatan untuk membawa kami ke Firdausi. Amin.

Thursday, April 22, 2010

Iklan Jawatan Kosong : Editor Pengurusan (Agama)

By: Imran Date: 13 April 2010

Kekosongan 2 jawatan.

Skop tugas:

  1. Membuat suntingan dan pruf pada manuskrip
  2. Mengurus editor / typesetter / illustrator ‘freelance’
  3. Mengurus jadual penerbitan buku
  4. Tugasan am berkaitan penerbitan buku


Kelayakan:

  1. Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam dari mana-mana IPT yang diiktiraf kerajaan
  2. Suka membaca buku terutamanya dalam bidang pelbagai bidang dan genre, tidak terhad kepada buku agama sahaja
  3. Teliti dan kemas dalam melakukan sesuatu pekerjaan
  4. Kreatif dan berbakat menulis
  5. Minat dalam bidang penerbitan buku
  6. Mahir menggunakan komputer dan internet
  7. Boleh menggunakan perisian Indesign, Illustrator dan Photoshop adalah satu kelebihan
  8. Tahu asas menyunting manuskrip
  9. Suka belajar daripada orang lain dan suka bekerja dalam kumpulan
  10. Mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum
  11. Peramah, memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi dan mudah bekerja dengan orang lain.
  12. Calon yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan pelajar ketika di kampus diutamakan


Cara Permohonan:

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan serta salinan dokumen berikut:

  • Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae) dengan kelayakan dan pengalaman.
  • Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan dan lain-lain dokumen berkaitan.

Kiriman boleh dibuat sama ada melalui emel hrda@pts.com.my ataupun melalui pos:

PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD.

12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.

u/p: Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 April 2010.

Nota:

  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

* * *


Berita saya di laman web PTS Islamika, http://ptsislamika.com.my/index.php/v2/

Sunday, March 28, 2010

Kenangan Hari Terakhir di PTS

Rakaman slot Al-Hidayah, TV3

Alhamdulillah, saya dan beberapa orang rakan sejawatan diberi peluang oleh Jabatan Pemasaran PTS bagi beraksi di hadapan lensa TV3. Peluang ini adalah bagi mempromosikan buku-buku terbitan PTS untuk memenuhi satu bahagian dalam rancangan itu.

En. Fariz Firdaus memulakan sesi rakaman bagi buku Biografi Muhammad bin Abdullah. Namun, disebabkan pertama kali beraksi di hadapan kamera tanpa skrip dan latihan, ditambah dengan krew rancangan, pengacara al-Hidayah dan staf PTS lain yang turut memerhati, gugup jadinya. Berhempas pulas Fariz cuba memberikan persembahan terbaik, namun tidak memenuhi kehendak mereka. Tidak mengapa, Fariz. Insya-Allah peluang masih terbuka luas pada masa akan datang. Jangan lupa berlatih di hadapan cermin, ya! (Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya!)

En. Roslan mengambil alih dengan lancar sekali. Memang patut pun kerana skop kerjanya yang memang selalu berhadapan dengan media mempromosi buku dan penulis PTS.





En. Roslan menjawab soalan dengan lancar bagai air mengalir

En. Imran meneruskan bagi rakaman kedua yang membincangkan buku Jejak Bisnes Rasul dan buku bestseller, Yakjuj dan Makjuj. Konsep yang TV3 mahu tidaklah susah, sekadar menjawab 2 soalan mereka seolah-olah kami sedang ditemuramah. Soalannya; 1) Apa keistimewaan buku, 2) Siapa yang patut baca buku ini? Disebabkan Imran sudah biasa memberikan tazkirah, berucap di hadapan, di samping gaya percakapan yang jelas dan meyakinkan, sesinya selesai dengan cepat dan mudah.

Tiba giliran saya, jantung yang berdegup-degup kencang sejak awal tadi tiba-tiba seperti berhenti berdenyut. Fikir saya, mudah sahaja sesi itu memandangkan saya sempat membuat sedikit poin sebelum ditemuramah. Tetapi, ia tidak semudah yang disangka. Saya kehilangan kata-kata. Saya memang sedar yang saya mengulang-ulang poin yang sama. Huhu...Komen mereka, tiada satu ayat power yang dapat meyakinkan penonton supaya mendapatkan buku itu. Namun, atas bantuan mereka, akhirnya saya dapat menghabiskan rakaman yang saya sendiri rasa tidak puas hati. Sudah sebulan lebih berlalu, saya tidak pasti sudah ditayangkan atau belum slot saya di TV3. Harap-harap tiadalah sesiapa yang cam saya. ;)



Khadijah; Cinta Abadi Kekasih Nabi

Sebenarnya, 2 minggu sebelum hari rakaman, kami sudah dimaklumkan oleh En Roslan supaya membuat persediaan. Namun, tidak dimaklumkan pula bagaimana bentuk rakamannya. Lalu, saya hanya merangka bagi membacakan blurb belakang buku di samping syair Arab (yang sudah diterjemahkan) sepertimana di dalam buku Khadijah; Cinta Abadi Kekasih Nabi. Lagi pula, masa yang diberi hanya 2 minit seorang. Tidak mengapalah, pihak penerbit lebih tahu bagaimana untuk back up dan tidak menampakkan kecacatan ketara.



Aksi shooting buku penting untuk back up sekiranya shooting orang tidak memuaskan penerbit ;)




Terima kasih Puan yang memberi tunjuk ajar. Tidak puas rasanya belajar sekejap cuma



Bersama pengacara Al-Hidayah, Nazrah yang tinggi lampai. Mujur dia duduk waktu ini ;)

Rakaman ini akan ditayangkan bila-bila masa sahaja dan berselang-selang minggu. Justeru, jika sesiapa berpeluang, tontonlah rancangan al-Hidayah, jam 1 tengah hari setiap Jumaat. Mana tahu dapat lihat bagaimana penampilan saya dan kawan-kawan lain. Jika terlepas, boleh juga lihat semula di laman web Tv3. Saya sendiri tidak tahu rakaman saya sudah ditayangkan ataupun belum, tidak sanggup rasannya menonton.... huhu....

Apapun, terima kasih Celan atas peluang ini!

*Azam saya, suatu masa nanti, saya pastikan lebih bersedia.


***

Majlis Perpisahan

Saya pernah memberi notis berhenti 24 jam kepada bos saya pada 31 Januari 2007. Tiada majlis perpisahan untuk saya pada masa itu. Kerana ambilan kedua bagi KPLI secara mengejut, saya penuhi hasrat mama dan baba saya serta mengikut pendapat rakan-rakan saya yang hampir 9o% memilih profesion guru. Ya, profesion mulia yang memerlukan keikhlasan dan kesabaran yang tinggi.

Tarikh 26 Februari 2010, secara tulus, saya tidak mahu pemergian saya diraikan dalam satu majlis. Namun, majlis ringkas yang diadakan khas untuk saya amat saya hargai. Bukan apa, bagi saya, walaupun saya melangkah keluar dari PTS, saya tetap tidak mahu terputus hubungan dan ikatan dengan gedung ilmu dan pengalaman ini. Bak kata pepatah, "Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain." Minat saya masih mendalam dalam bidang kerjaya editorial ini. Namun, ada sesuatu yang saya cari di luar sana.

Dalam ucapan akhir saya, saya begitu teruja menceritakan sejarah dan berkongsi kisah dan pengalaman saya. Saya bermula dari bawah iaitu sebagai freelancer PTS Millennia pada 8 Disember 2005- dinaikkan ke jawatan kontrak 4 bulan di PTS Islamika- mendapat jawatan tetap sebulan - berhenti kerana masuk KPLI - masuk semula ke PTSI kerana kekosongan - kekal selama 3 tahun hingga 26 Feb 2010. Pengalaman dan ilmu yang ditimba akan sentiasa terpahat dalam memori ini selagi hayat dikandung badan. Semoga ilmu ini mengalir sebagai bekalan untuk ke akhirat.



Saya perasan gambar ini disnap oleh bekas pengurus saya, En Faris. (Mohon izin, ya)



Terima kasih Tuan Fauzul Naim, insan pertama yang membuka jalan kepada saya menjadi full time freelancer PTS, tahun 2005. Zaman inkubator yang membawa saya ke hingga tahap ini


Di kesempatan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan tertinggi PTS, tim PTS Islamika yang bekerja sebagai pasukan dan semua rakan seperjuangan yang memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya berkhidmat selama lebih kurang 4 tahun setengah di sini. Saya akhiri ucapan saya petang itu,
"Saya tidak akan cabut car sticker PTS di kereta saya kecuali jika PTS ada buat yang baru."



Cenderahati daripada Kelab Kebajikan PTS dan tim PTS Islamika.
Terima kasih kalian, ia sangat bermakna


Mangkuk ini memang sangat berguna untuk saya dan suami. Jam dinding yang cute ini pula saya letakkan di ruang tamu rumah. Warna kegemaran suami saya


Ucapan dan doa daripada teman seangkatan, PTS Islamika yang amat saya hargai. Saya doakan kejayaan kalian. Janji saya, selagi hayat dikandung badan dan khidmat saya diperlukan, saya akan sumbangkan untuk "Memandaikan Bangsa" walau di mana saya berada


"Sekali PTS, selama-lamanya PTS."

Saturday, March 27, 2010

Projek Terkini Bersama Suami

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan SAW dan seluruh kaum kerabat baginda.

Sudah banyak entri yang tersimpan dalam memori saya di kepala dan tidak disalurkan ke blog ini. Akhirnya, ia lapuk dek kerana masa yang tidak mengizinkan atau mungkin juga sikap tidak cuba untuk komited saya. Kalau update Facebook, saya tiada masalah. Tetapi untuk update entri di blog, masya-Allah, berat sungguh hendak menaip. Okeylah, tidak perlu bersungut lagi...terus sahaja kepada perkongsian untuk pembaca yang sudi mengunjungi ruangan ini.

Pada pertengahan Februari 2010, saya dan suami dikunjungi oleh senior saya merangkap agen takaful saya. Benarlah kata hadis, "Tetamu yang datang membawa rahmat." Maka, selayaknya mereka diberi layanan 1st class oleh kita sebagai tuan rumah. Ya, kepulangannya telah membuka mata saya dan suami tentang sesuatu. Terima kasih kepada Saudara Afyan atas peluang ini, insya-Allah ganjaran di dunia berterusan hingga ke akhirat. ;)

Selang beberapa minggu, beliau mengajak kami berdua mengikuti satu sesi preview tentang produk pendidikan ini di pusat operasi mereka di Kota Damansara. Walaupun hujan, ramai betul manusia di sana hinggakan ada yang terpaksa berdiri, semata-mata bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk yang dikatakan HEBAT dan bagus ini. Hanya 2 orang speaker yang berkongsi pengalaman iaitu En Sapian dan En Zariman. Sepanjang sejam setengah sesi berlangsung, kepala otak saya sudah bercabang-cabang apabila mendengar penerangan mereka. Ya, saya sudah nampak jalan dan peluang ini!


En.Fikri bin Shukri adalah anak kepada Dr Shukri Abdullah, motivator terkenal. Di sebelah beliau, Puan Azizah Ariffin, selebriti TV3 yang join SAP di bawah beliau. Senior saya juga di bawah beliau. Kata senior, Erra Fazira pun join SAP! HEBAT!

Alhamdulillah, hari ini 27 Mac 2010, saya berpeluang untuk menghadiri Seminar Sehari Score A di Bilik Seminar, KAED UIAM bersama suami tersayang. Program sehari yang penuh dengan pelbagai input, perkongsian ilmu dan pengalaman, motivasi untuk mengubah diri serta menambah kenalan yang mempunyai matlamat yang sama. (mungkin)


Slot pagi oleh En Dzulfarqeish@Chem, graduan Engineering, umur awal 20-an yang full time dengan SAP danpart time menyelesaikan Master.


Tentatif program New Distributor Orientation (NDO) hari ini. Slot petang digantikan oleh En. Zali Effendy kerana En. Imran sedang menunaikan umrah. Seminggu sebelum itu, beliau bercuti 5 hari di Beijing. Apabila pulang ke tanah air, pendapatannya seminggu RM35K. HEBAT!


Di sebelah kiri ialah En Zali Effendy, abang kepada En Zariman yang mengisi slot tengah hari. Bicara si adik begitu lancang hingga saya rasa takut untuk curi2 snap gambarnya. Tutur si abang pula ada intonasi turun naiknya, namun saya begitu teruja!

Di sebelah kanan, sharing moment oleh En. Ismail yang 22 tahun dahulu bekerja sebagai operator pengeluaran kilang. Kini setahun lebih beliau bekerja full time dengan SAP selepas anak keduanya mendapat 8A dalam PMR setelah menggunakan program ini. Dalam hati saya berdoa agar dapat bersua dengannya!


Alhamdulillah, semasa minum petang, Allah takdirkan En Ismail duduk di sebelah meja saya dan suami. Niat saya hendak menemubual beliau kerana latar belakang beliau dimakbulkan Allah. Insya-Allah, walaupun pertemuan sebentar, saya mendapat no. contact beliau. Itu yang penting! ;)


* * *

Kesimpulan pada seminar ini adalah 9 poin penting yag dibuat dalam bentuk PIRAMID. SEBAB / MENGAPA menyertai Program SCORE A bermula dari tapak piramid no...
  1. Kenali rakan yang berfikiran positif
  2. Ilmu
  3. Pemimpin (yang bersedia untuk dipimpin)
  4. Pengiktirafan
  5. Penghargaan
  6. Bebas kewangan (hutang)
  7. Bebas masa
  8. Kuasa
  9. Warisan (untuk generasi yang ditinggalkan)
Ya, kita tidak tahu bilakah saat AJAL kita. Apakah yang kita tinggalkan untuk anak cucu kita. Ada pepatah baru yang saya dengar tadi, "Biar mati meninggalkan nama, jangan mati meninggalkan HUTANG."

Input yang saya dapat hari ini rasanya terlalu banyak untuk dikongsikan sekarang. Saya berharap dan berdoa agar diri saya komited bagi mencoretkannya pada masa akan datang. Ikuti sambungannya....insya-Allah, biiznillah.

Sunday, January 10, 2010

Ahlan wa Sahlan 1431 & 2010

Alhamdulillahhi rabbil alamin.

Aku masih diberi kesempatan menghiru nafas hingga ke saat ini.

"Aku bersyukur padamu, ya Allah. Engkau tidak jemu-jemu mengurniakan nikmat yang melimpah ruah untukku. Terima kasih, ya Allah. Ampunkan aku kerana masih lalai dan leka dengan nikmat dunia ini. Ampunkan daku...."

Hari ini 10.01.10.

Begitu cepat masa berlalu. Namun, dengan izin Allah, masih banyak masa, hari, bulan dan tahun yang perlu aku tempuhi. Apa yang terlintas di fikiranku saat ini...???

Tanggungjawab. Ya, tanggungjawabku sebagai...
  • isteri kepada suamiku
  • anak kepada mama dan babaku
  • kakak sulung kepada adik-adikku
  • menantu kepada mama mertuaku
  • kakak sulung kepada adik-adik iparku
  • cucu kepada nenekku
  • pekerja kepada majikanku
  • kawan kepada kawan-kawanku
  • sepupu kepada saudara-saudaraku
  • ahli kepada masyarakat
Oh, rupa-rupanya begitu banyak tanggungjawabku. Mengapa aku begitu terlena. Semua mereka berhak mendapat hak mereka daripadaku.

"Ya, Allah...ampunkan daku. Begitu sombongnya aku...Mengapa aku terlupa tanggungjawabku padamu sebagai hamba. Engkau yang memberikan aku nyawa untuk aku terus hidup. Ya Allah, engkaulah yang berhak mendapat hakmu yang teratas. Ampunkan daku..."

Selamat datang tahun baru Hijrah & Masihi. Semoga tahun ini menjadikan aku insan yang lebih baik daripada sebelum ini.

"Ya Allah, pimpinlah aku dengan hidayahmu."

Friday, November 20, 2009

Kasihmu Amanahku




Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Senilagu: Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Friday, October 16, 2009

Cinta Facebook...Akhirnya Bersatu

~ Alhamdulillahi Rabbil Alamin....~
Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Penantian akhirnya berkesudahan.
18 Julai 2009 - Di dalam inbox akaun e-mel PTS, saya menerima satu e-mel salam perkenalan daripada Fadli Cikgu Pencen, salah seorang hamba Allah di dalam senarai kawan Facebook saya. Entah siapa gerangannya, saya juga tidak tahu.
24 Julai 2009 - Saya membalas huluran salam itu dengan hati terbuka selepas meneliti serba sedikit profil mengenainya. Juga atas saranan seorang teman baik yang punya naluri membaca 'instinct' manusia.
26 Julai 2009 - Ditaqdirkan Allah, tanpa appointment, kami terchatting di ruang chat FB, seterusnya berpindah ke YM. Sudah terasa keserasian walau pertama kali berbual. Perkenalan berterusan melalui ruangan maya.
1 Ogos 2009 - Pertemuan pertama secara face to face.
10 Ogos 2009 - Saya bertemu dengan keluarganya di kediaman mereka di PJ buat kali pertama.
Ditolak, tambah, bahagi dan darab, 68 hari selepas e-mel perkenalan itu, kami berdua berjanji untuk sehidup semati bersama. Alhamdulillah, tempoh perkenalan yang singkat dan padat, akhirnya menyatukan dua hati. Inilah dinamakan taqdir dan kami gembira dan redha dengan qadha qadar Allah ini.
5 Syawal 1430 bersamaan 24 September 2009, kami selamat diijabqabulkan bersaksikan tok kadi, Ustaz Mazlan, dua orang saksi, Cikgu Omar danUstaz Fisol, ayahanda, bonda, kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai di Surau al-Ehsan, Ipoh, Perak. Ayahandaku, Md Tahir bin Yahaya menikahkan kami. Dengan dua kali lafaz, kami sah sebagai paangan suami isteri.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Semoga Allah memberkati masjid yang dibina ini. Semoga ia berkekalan hinnga ke syurga!
Butiran maklumat majlis Walimatul Urus:
Pihak perempuan - 29 November 2009 (Raya ke-3 Eiduladha) di Ipoh, Perak.
Pihak lelaki - 12 Disember 2009 di Kaki Gunung Jerai, Gurun.
Insya-Allah, kad undangan akan dihantar pada awal November ini. Semoga sahabat dan teman semua dapat hadir meraikan majlis kami ini. Moga kehadiran kalian menambah keberkatan dan kebahagaian kami.

Saturday, July 25, 2009

Terima Kasih Tuhan...

Bismillah wallhamdulillahi Rabbil 'Alamin.

Kesyukuran hanya untukMu, wahai Tuhan yang penuh dengan ar-Rahman dan ar-Rahim. Engkau begitu menyayangiku. Akan kubalas kasih sayangMu. Itu janjiku padaMu.

Masih dapat kuhela nafas yang segar seawal pagi hari ini. Bersama bisikan semangat di telinga untuk bangkit semula daripada alpa. Untuk apa ditangisi hari-hari semalam, hanya duka bertapa, tidak menjanjikan apa-apa.

Hari ini dan ke depan. Hadapi kenyataan dengan senyuman, perjalananku masih panjang. Terima kasih Tuhan atas nikmat iman. Kan kujadikanMu teman, kala susah dan senang.
Insya-Allah. Kupasti Kau kan sentiasa buatku bahagia....




~Ya Allah, gembirakanku dengan redhaMu~

Wednesday, July 1, 2009

Walimah Syakir & Aisyah @ Ipoh, Perak


Selamat Pengantin Baru

kami ucapkan selamat pengantin baru
kekal abadi buat selamanya
berbahagialah suri di dalam rumah tangga
kasih yang bersemi mula mekar berbunga

pernikahan adalah diperintahkan
sunnah baginda yang dimuliakan
bahtera dikemudi bersama sehaluan
keimanan di hati dijadikan pedoman

pabila dua hati bercantum menjadi satu
kata disepakati tanda telah setuju
majlis diraikan pengantin tersimpuh malu
santapan dihidangkan buat para tetamu

rasul berbangga dengan ummat yang ramai
kerana itulah kita digalakkannya
tanda agama indah berkembang
ummat islam maju gemilang
terbina ummat yang terbilang
persaudaraan

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Related Posts with Thumbnails