Pagi esoknya, saya keluarkan 'benda itu'. En. suami yang bukakan kotaknya sementara saya di bilik air. Dia hulurkan 'benda itu' dan saya masukkan ke dalam bekas berisi urine. 2 minit kemudian, saya tunjukkan pada en. suami keputusannya. Saya antara percaya dan tidak percaya, betulkah? Saya ambil kotak dan baca semula instructionnya. "Ya, keputusan ini benar, tidak syak lagi!"
Pertama kali seumur hidup beli 'benda ini'
Klinik Majlis Agama Islam Selangor, PJ
Oleh sebab masih tidak puas hati, saya minta en.suami google seacrh di internet, benarkah keputusan daripada Urine Pregnancy Test ini? Sejauh mana kesahihannya? Jika mengikut hasil pencarian en. suami, kemungkinan besar ia benar dengan keadaan saya. Tetapi saya masih juga tidak puas hati 100%, jadi saya ajak en.suami ke Pusrawi PJ.
2 Dis 2009 - Inilah keputusannya. Alhamdulillah!
2 Dis 2009 - Inilah keputusannya. Alhamdulillah!
Saya tersenyum girang dan gembira tak terkata. Doktor juga 3 kali ucapkan tahniah (tak silap saya). Tapi, ini kali pertama dan terakhir saya check up di Pusrawi kerana terlalu ramai pesakit dan pemeriksaan untuk ibu mengandung hanya sebelah petang dan malam. Lalu, untuk bulan pertama, suami membawa saya buka kad baru di MAIS.
Klinik Majlis Agama Islam Selangor, PJ
15 Dis 2009 - Scan bulan pertama di MAIS.
Belum nampak apa2 lagi, cuma seperti sebutir kacang.
13 Jan 2010 - Scan bulan ke-2 di MAIS.
Kata doktor, denyutan jantung janin tidak kelihatan. Doktor nampak panik, saya, apatah lagilah. Doktor berikan surat arahan untuk buat 3D ultrasound di klinik swasta bawah PPUM esok hari. Dia juga tanya, saya plan bersalin di hospital kerajaan atau swasta? Siap terangkan pro n cons kedua2nya. Saya jawab, kami mungkin pilih hospital kerajaan sahaja. Jadi, itulah kali terakhir kami ke klinik MAIS.
Malam itu, saya bertambah risau dan tidak boleh tidur. Pagi-pagi lagi, saya hubungi no yang doktor beri dan terus setkan appointment, tapi sebelah petang sahaja dibuka. Oh, lambatnya jam 3 petang! Kepala saya berpusing. Hubungi Fariz, abang ipar adik saya (Syakir) tanyakan di mana dia bawa isterinya scan. Katanya di PPUM. Saya teringat pada Kak Shaza (HR PTS) dan minta no KJMC. Terus sahaja saya call. Mereka minta datang sebelah pagi kerana tidak ramai pesakit. Alhamdulillah, memang saya pun tidak mahu menunggu hingga petang. Terus sahaja ajak suami ke sana.
Malam itu, saya bertambah risau dan tidak boleh tidur. Pagi-pagi lagi, saya hubungi no yang doktor beri dan terus setkan appointment, tapi sebelah petang sahaja dibuka. Oh, lambatnya jam 3 petang! Kepala saya berpusing. Hubungi Fariz, abang ipar adik saya (Syakir) tanyakan di mana dia bawa isterinya scan. Katanya di PPUM. Saya teringat pada Kak Shaza (HR PTS) dan minta no KJMC. Terus sahaja saya call. Mereka minta datang sebelah pagi kerana tidak ramai pesakit. Alhamdulillah, memang saya pun tidak mahu menunggu hingga petang. Terus sahaja ajak suami ke sana.
14 Jan 2010 - Scan bulan ke2 kali ke-3 di Kelana Jaya Medical Centre. Alhamdulillah, janin bernyawa dengan baik. Nampak kan, dia yang terbaring itu! Syukur padamu, ya Allah.
Dr Fatimah Najla sangat peramah. Saya tunjukkan padanya surat arahan dan kad rekod dari MAIS. Katanya, mungkin mesin komputer di sana jenis lama dan tidak dapat lihat dengan jelas. Harganya sekarang mungkin RM40k sahaja. Iyalah, saya setuju. Dibandingkan dengan mesinnya yang boleh imbas 4D, boleh nampak rupa baby, berwarna, siap boleh save dalam cd dan bagi pada bakal ayah ibu. Tapi, doktor pula yang tak sarankan buang duit ke situ sebab banyak lagi keperluan lain yang lebih penting untuk baby. Betul3. ;)
Alhamdulillah, tengah hari itu saya masuk ke pejabat dengan hati yang tenang.
Alhamdulillah, tengah hari itu saya masuk ke pejabat dengan hati yang tenang.
Ya Allah, aku bersyukur. Penantian sekian lama akhirnya dimaqbulkan olehmu. Permudahkanlah aku melalui cabaran selama 9 bulan 10 hari ini. Berikanlah aku kekuatan. Jadikanlah zuriat ini penyambung kasih sayang antara aku dan suamiku juga jambatan untuk membawa kami ke Firdausi. Amin.
saya sebenarnya mencari gambar filem janin..terlihat gbr scan bby awk..
ReplyDeleteterkenang plak saya pada pengalaman saya bila dapat tahu janin saya tidak bernyawa...cuma masih belum sempat saya ceritakan diblog saya...
saya akan ceritakan juga...
apapun walaupun post entry awak pd bulan mei 2010, saya lambat membacanya...saya ucapkan tahniah. nasib awk lebih baik dari saya...
bulan 4 lalu saya pun berdepan dgn keadaan yang sama...3 kali scan ternyata dia tetap tidak bernyawa...dalam kandungan usia 13 minggu...
Salam takziah daripada saya...terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ini dan meninggalkan jejak.Saya doakan semoga awak tabah dengan ujian ini. Insya-Allah, Allah akan gantikan dan berikan zuriat yang lebih baik dan sempurna untuk awak berdua selepas ini. Teruskan usaha, doa dan tawakkal ya, pasti ada hikmah sebaliknya. Bagi saya, ujian lebih banyak untuk kita apabila anak sudah lahir ke dunia. Terus bertabah ya... ('',)
ReplyDelete