Kekosongan 2 jawatan.
Skop tugas:
- Membuat suntingan dan pruf pada manuskrip
- Mengurus editor / typesetter / illustrator ‘freelance’
- Mengurus jadual penerbitan buku
- Tugasan am berkaitan penerbitan buku
Kelayakan:
- Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam dari mana-mana IPT yang diiktiraf kerajaan
- Suka membaca buku terutamanya dalam bidang pelbagai bidang dan genre, tidak terhad kepada buku agama sahaja
- Teliti dan kemas dalam melakukan sesuatu pekerjaan
- Kreatif dan berbakat menulis
- Minat dalam bidang penerbitan buku
- Mahir menggunakan komputer dan internet
- Boleh menggunakan perisian Indesign, Illustrator dan Photoshop adalah satu kelebihan
- Tahu asas menyunting manuskrip
- Suka belajar daripada orang lain dan suka bekerja dalam kumpulan
- Mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum
- Peramah, memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi dan mudah bekerja dengan orang lain.
- Calon yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan pelajar ketika di kampus diutamakan
Cara Permohonan:
Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan serta salinan dokumen berikut:
- Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae) dengan kelayakan dan pengalaman.
- Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan dan lain-lain dokumen berkaitan.
Kiriman boleh dibuat sama ada melalui emel hrda@pts.com.my ataupun melalui pos:
PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD.
12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.
u/p: Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia
Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 April 2010.
Nota:
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
* * *
Berita saya di laman web PTS Islamika, http://ptsislamika.com.my/index.php/v2/
No comments:
Post a Comment