Wednesday, May 26, 2010

Perkembangan Kandungan Zuriat

Minggu 31

Alhamdulillah....

Pejam celik, pejam celik, kandungan saya sekarang berusia 31 minggu. Baby dalam perut sangatlah aktif berpusing-pusing, berguling-guling, tendang-menendang dan menyiku-nyiku perut saya seperti bermain di atas roller coaster. Alhamdulillah, perkembangan baby positif. Saya bersyukur kerana semasa pemeriksaan pada minggu lepas, misi beritahu yang kepala baby sudah berada di bawah. Kuat juga ditekan perut saya waktu itu.



Selepas sahaja mengetahui keadaan saya yang berbadan dua, saya mula mencari bahan bacaan yang berkaitan kehamilan. Maklumlah, ini pengalaman pertama bergelar ibu. Sebelum ini, saya hanya bepengalaman menjadi kakak sulung kepada 7 orang adik.

Antara sumber rujukan saya adalah laman web dan blog di internet, buku serta majalah. Saya menemui blog http://www.babycentre.co.uk pada 23 Dis 2009 dan terus melanggannya kerana penuh dengan informasi berguna, dan yang penting, ia percuma! :) Setiap minggu, saya menerima e-mel berkenaan perkembangan yang berlaku pada diri saya dan juga bayi di dalam kandungan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak, keadaan diri yang berubah dari segi fizkal, mental dan emosi terjawab dengan pembacaan ini.

Semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 tempoh hari, saya memborong buku-buku dan majalah berkaitan kehamilan juga. Sebelum ini, mana pernah, kan? Buat pertama kalinya... ;) Bajet pun sekadar memadai, tetapi saya berpuas hati dengan bahan yang dibeli. Bacaan pun belum khatam pun lagi.... Memang tabiat diri, suka membeli buku, tetapi belum tentu dibaca. ;)


Bajet ciput, ini sahaja pembelian di PBAKL 2010


Close up sikit



* * *


Survey Tempat Bersalin, Hospital Selayang

En. Suami acapkali mengajak saya survey hospital, tempat saya akan bersalin nanti. Memang itu sifat dia yang suka survey tempat baru. Banyak faedah, katanya. Oklah, saya turutkan sebab saya pun teruja juga. Jadi, Isnin lepas, kami keluar ke Hospital Selayang. Kami sampai 5 minit sebelum habis waktu melawat jam 7 malam. Maklumlah, jalan jam sebab orang berasak-asak pulang dari kerja. Lupa pula hendak set masa, tetapi lebih kurang 20 minit sahaja perjalanan dari rumah kami.


Peta dari Greenwood ke Hospital Selayang


Kami terus masuk ke bangunan Dewan Bersalin, naik ke Aras 5 dan meninjau-ninjau dewan bersalin, bilik pembedahan, wad bersalin, surau, tandas, ruang menunggu dan kafetaria. Keseluruhannya selesa. Oklah, masa pun sudah suntuk dan hampir maghrib, lalu kami pun keluar. En. Suami tersenyum puas hati. Saya tahu, banyak lagi yang bermain di kepalanya itu. Tetapi, untuk basic info, rasanya cukuplah kot, ye abang? Nanti sampai masanya, abang surveylah puas-puas, okey?


* * *


Survey Barangan Baby dan Ibu

Selepas solat Maghrib di surau, kami berjalan-jalan pula di sekitar Selayang Mall (bukan dalam bangunan itu, di luarnya sahaja). Mula-mula kami menjenguk kedai Anakku. Ada potongan harga untuk pembelian bernilai RM125, hanya bayar RM99. Kami memang tidak berniat untuk membeli-belah, jadi cuci mata sahajalah.

Kedai kedua yang kami terjah ialah kedai pakaian jenis ekonomi (macam Kedai Hari-hari). Untuk ibu mengandung, harganya murah juga. Seluar slack RM24.90, blouse dan maxi RM29.90. Saya belek-belek pula pakaian baby...wah, cantik-cantik dan murah-murahlah! Baju lubang-lubang yang sesuai waktu panas, sepasang hanya RM2.90. Baju kain kapas RM5.90 sepasang dan banyak lagilah. Percaya tidak? Nama pun kedai ekonomi, kan. Ok apa, bolehlah dibuat pakaian harian untuk babyku nanti.

Kami ke bangunan belakang pula, masuk ke Mydin. Terus naik ke bahagian barangan dan pakaian bayi juga. Ada sale untuk pakaian jenama Pureen. Barangan lain juga memang murah harganya. Jadi, saya berulang kali sebut pada En. Suami, nanti kita datang lagi, tau? "Iya...." jawabnya. ;)


* * *


Oleh kerana sangat teringinkan itu, maka kami terus melangkah ke arahnya. Makan malam kami, Sate Kajang Samuri. Sedapnya...makan sambil menonton Jidin. Cerita mengarut...sebab episod akhir dan itu sahaja yang dipasang, layankan je lah....


BoldSate ayam 5, sate daging 5, sate hati, 2, sate ikan 2, sate perut 2,
set nasi himpit, air limau ais 2
Total : RM15.00



Alhamdulillah... erkkk....

4 comments:

  1. pidoih, mmg sepatutnye kite sevey tempat nk b'salin.. sng bile smpi masenye nnt.. kite pon leh tau keadaan/situasi kat situ & kemudahan yg ade..

    ReplyDelete
  2. Ini baru survey satu tempat. Balik Ipoh nanti nak survey juga Hospital Ipoh, manalah tahu baby nak lahir di kampung mamanya. Ke PnAA nak share pengalaman selain yang ada di entri blog? ;)

    ReplyDelete
  3. eh ritu gambo buku2 & gambo satay tu xde.. mayb x abeh loading kot.. hihi..

    amri mmg carik buku alexander adlh zulkarnain tuh.. kat sini carik x jumpe.. balik kg ni nak carik pulak..

    errkk pengalaman ape tu pnYaquut?
    rasenye ustzh rotipah lg byk pengalaman..
    tp dekat2 nk b'salin nnt byk'n mkn kurma(melembut'n otot rahim), mentega&bendi(licinkan saluran bb nk kuor)..
    minum air lebihan suami & minum air hujung rambut time mandi(ni petua org dolu2.x slh m'cuba kan)

    ReplyDelete
  4. Haha...bukan pasal tak habis loading la PnAA, memang esoknya baru ana masukkan gambar ni, ambil dari laptop. Masa taip blog guna pc.

    Kalau nak beli buku online pun boleh, dapat diskaun juga 15% http://www.bookcafe.com.my/en/bukan-fiksyen/alexander-adalah-zulqarnain.html
    Tapi stok habis pula sekarang, memang laku keras buku ni. Rajin-rajinlah jengah web http://www.bookcafe.com.my ehhh

    Wah, tip penting ni, syukran pnAA. Sharing is caring... :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails