Friday, February 19, 2016

Eyes Steak, Jalan Pantai Dalam

Alhamdulillah tercapai hajat. Ini kedai makan masakan Barat (Western Food) yang paling murah harganya di tengah kota. Terletak di Bazaria Foodcourt, Bangsar South, Pantai Dalam, KL.

Kes tekak nak ubah selera sikit sejak seminggu lebih saya alami bengkak tonsil. Di Petaling Jaya ni, saya memang failed sikit. Hasil google 'western food di Petaling Jaya', terjumpalah satu blog menyenaraikan 9 kedai makan western food yang halal di Kuala Lumpur dan Selangor. 



Eyes Steak diletakkan di atas sekali. Tengok alamat, dah tak jauh dari rumah mertua saya. Maka, kami ke sana selepas solat Maghrib di Masjid Rahah yang tersergam indah di tepi Federal Highway.


Pasta Combo RM9.90

Mix Grilled RM15.90

Chicken Nugget 9 ketul RM5

Alhamdulillah, rasa semua hidangan menepati selera kami. Dengan harga yang boleh dikatakan paling murah di tengah kota. Saya rekemen anda datang dan cuba. Insya-Allah anda takkan kecewa. 

2 comments:

  1. terima kasih tuan dan puan,, jemput datang lagi nanti :)

    Saya mohon share di wall fb Eye's Steak jika tak keberatan.

    ReplyDelete
  2. Silakan tuan puan. Tahniah! Harap kalian dapat kekalkan kadar bayaran supaya ibu bapa yang ramai anak mampu bawa anak merasai western food yang sedap di tengah kota. Didoakan semoga bisnes kalian terus berkembang maju.:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails