Friday, October 16, 2009

Cinta Facebook...Akhirnya Bersatu

~ Alhamdulillahi Rabbil Alamin....~




Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Penantian akhirnya berkesudahan.

18 Julai 2009 - Di dalam inbox akaun e-mel PTS, saya menerima satu e-mel salam perkenalan daripada Fadli Cikgu Pencen, salah seorang hamba Allah di dalam senarai kawan Facebook saya. Entah siapa gerangannya, saya juga tidak tahu.

24 Julai 2009 - Saya membalas huluran salam itu dengan hati terbuka selepas meneliti serba sedikit profil mengenainya. Juga atas saranan seorang teman baik yang punya naluri membaca 'instinct' manusia.

26 Julai 2009 - Ditaqdirkan Allah, tanpa appointment, kami terchatting di ruang chat FB, seterusnya berpindah ke YM. Sudah terasa keserasian walau pertama kali berbual. Perkenalan berterusan melalui ruangan maya.

1 Ogos 2009 - Pertemuan pertama secara face to face.

10 Ogos 2009 - Saya bertemu dengan keluarganya di kediaman mereka di PJ buat kali pertama.

Ditolak, tambah, bahagi dan darab, 68 hari selepas e-mel perkenalan itu, kami berdua berjanji untuk sehidup semati bersama. Alhamdulillah, tempoh perkenalan yang singkat dan padat, akhirnya menyatukan dua hati. Inilah dinamakan taqdir dan kami gembira dan redha dengan qadha qadar Allah ini.

5 Syawal 1430 bersamaan 24 Oktober 2009, kami selamat diijabqabulkan bersaksikan tok kadi, Ustaz Mazlan, dua orang saksi, Cikgu Omar danUstaz Fisol, ayahanda, bonda, kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai di Surau al-Ehsan, Ipoh, Perak. Ayahandaku, Md Tahir bin Yahaya menikahkan kami. Dengan dua kali lafaz, kami sah sebagai paangan suami isteri.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Semoga Allah memberkati masjid yang dibina ini. Semoga ia berkekalan hinnga ke syurga!

Butiran maklumat majlis Walimatul Urus:
Pihak perempuan - 29 November 2009 (Raya ke-3 Eiduladha) di Ipoh, Perak.
Pihak lelaki - 12 Disember 2009 di Kaki Gunung Jerai, Gurun.

Insya-Allah, kad undangan akan dihantar pada awal November ini. Semoga sahabat dan teman semua dapat hadir meraikan majlis kami ini. Moga kehadiran kalian menambah keberkatan dan kebahagaian kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails