Walaupun rutin cuti saya sudah berubah sesudah berhijrah profesion, saya bersyukur kerana masih ada ruang dan masa untuk diri dan keluarga. Nikmat sehari itu sangat berharga dan saya sentiasa merancang supaya ia tidak disia-siakan hanya dengan melepak di rumah (kecuali apabila tersangat letih dan tiada mood). Sekurang-kurangnya saya ada masa cuti dibandingkan dengan pekerja-pekerja Indon Kedai Dobi di tingkat bawah rumah saya yang tidak pernah bercuti. Setiap hari memulakan kerja jam 7.30 pagi dan hanya berakhir 12 malam. Di situlah mereka bekerja, makan, minum, melalak, menyanyi, bersembang dan menghabiskan masa. Fuhhh... tabahnya mereka demi sesuap rezeki yang halal.
Insya-Allah, selepas pulang dari kerja pada petang ini, saya dan suami serta 3 orang adik-adik dara saya bertolak ke Bukit Merah Laketown @http://www.bukitmerahresort.com.my. Mama sudah tempahkan bilik untuk kami sekeluarga bercuti 2 hari satu malam. RM50 sahaja untuk satu bilik. Sudah lama juga kami tidak berkumpul untuk bercuti memandangkan kekangan masa setiap seorang daripada kami. Alhamdulillah, moga Allah selamatkan perjalanan kami malam ini. Mama, baba dan si bongsu Safiyyah sudah menanti kami di sana. Tungguuu.......
Mungkin percutian terakhir untuk saya sebelum baby lahir ke dunia.
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
bertemu dalam taat padaMu,
bersatu dalam dakwah padaMu,
berpadu dalam membela syariatMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah kepada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.
Doa Rabithah yang saya pelajari semasa di sekolah. Rasa sayu membacanya.
No comments:
Post a Comment