9 bulan yang lepas adalah laluan wajib saya pergi dan balik kerja. Azabnya rasa....
Ketika sampai, baba, mama dan adik sudahpun tidur keletihan. Tetapi mereka tetap bangun menyambut ke'sampai'an kami. Siap dengan hidangan makan malam di tengah malam buta. Terima kasih mama.
Mama booking dua bilik; satu untuk keluarga kami dan satu bilik lagi di sebelah untuk saya dan suami. Adik lelaki saya, Syakir dan keluarganya tidak dapat ikut serta. Begitulah kebiasaannya bila anak-anak sudah punya keluarga sendiri. Ingatkan kena panjat tangga, rupa-rupanya bilik di tingkat bawah. Parking kereta pun betul-betul sebelah bilik.
Rupa-rupanya cadar kami sudah 'dicuri' oleh penginap di sebelah
Untuk adik-adik saya di perantauan, Asma' dan Aisyah, mari cuci mata dengan gambar-gambar kami yang kalian rindui. Heheh....
Itupun belum puas lagi
Maka, kami yang lain bersantai sahaja sementara kanak-kanak ribena itu bersuka ria mandi 


Pemandangan dari atas chairlift
Kita naik kereta tak bergerak je lah, dik oiiiSepetang di rumah Pak Su & Mak Su
Sebelum balik ke Ipoh, saya, suami dan adik bongsu singgah di rumah bapa saudara merangkap adik bongsu mama di Gunung Semanggol. Solat Zohor, mandi dan makan tengah hari di sana. Pertama kali bawa suami ke sini. Keluarga saya yang lain terus pulang ke Ipoh kerana baba sudah kepenatan.
ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi
Dari tiada anak sampai beranak empat, masih naik motor berdua
'rumah untuk dijual' ini- RM200K
Bagaimana? Mahu menetap di kampung atau di KL?

alaa...habaq ja la along! apa benda hampa buat kat rumah malam tu? harap2nya takkan sampai buat orang dapat sakit jantung.;)
ReplyDeletenama pun surprise...minggu depan hg balik malaysia dah, hg akan tau punya...takdaknya sakit jantung, rasa takmau bangkit tidoq ada la...haha
ReplyDeleteapa punya surprise ni? dapat kerusi urut percuma lagi ka? huhu..balik minggu ni la...
ReplyDelete