Friday, June 18, 2010

@ KLIA

Alhamdulillah, adik saya yang ketiga Siti Aisyah merangkap anak keempat bagi mama dan baba selamat sampai di tanah air malam tadi. Kami sekeluarga menjemputnya di KLIA. Ini kali pertama dia balik selepas terbang ke sana 28 September 2009 (esoknya Tokwan saya meninggal dunia - Al-Fatihah). Jika diikutkan jadual sebenar, sepatutnya Aisyah sampai jam 2.15 petang. Perancangan asal, dia akan naik bas dari KLIA ke KL Sentral dan kami akan jemput di sana sahaja.

Namun, Allah sudah mengatur segalanya. Berlaku masalah kelewatan di Manchester Airport selama 6 jam. Begitu juga semasa transit di Dubai Airport, perjalanan ditunda 6 jam lagi. Jadi, Aisyah dijangka mendarat di KLIA jam 9.35 malam. Sudah tentulah kami teruja menjemputnya di airport kerana tiba waktu malam. Sudahlah balik bertiga sahaja dan semua anak dara belaka. Benarlah, setiap kejadian ada hikmahnya.


Info untuk keluarga di Malaysia. Terpampang di wall FB masing-masing

Kami bertolak selepas Maghrib dari Gombak. Menyusuri highway Maju Expreesway hanya memakan masa 1 jam. Sampai di tingkat ketibaan, kami parking di luar sahaja sementara Syakir, adik lelaki saya (yang keletihan baru sampai dari Kelantan) menunggu sambil berehat di dalam kereta. Walaupun sebenarnya tidak boleh, tetapi kami seperti rasa tidak bersalah pula sebab tengok ramai orang tinggalkan kereta tanpa ada yang menunggu.

Aisyah adalah satu-satunya wakil daripada ahli keluarga kami setakat ini yang menyambung pelajaran ke negara orang putih, Lancaster University dengan biasiswa JPA. Sejak kecil, dia memang obsesi dengan nombor. Boleh dikatakan, hampir kebanyakan no plat kereta saudara-mara dan tarikh lahir dapat diingati. Kebolehan dia dalam subjek Matematik juga lebih cemerlang dibandingkan dengan kami yang lain. Justeru, tidak salah dia memilih untuk mengikuti bidang Akaun, satu-satunya bidang yang kami adik-beradik tidak berminat langsung.

Kami adik-beradik perempuan (saya, Asma', Kauthar & Syifa') menghabiskan usia sekolah menengah di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh @ SERATA. Tetapi, Aisyah bertuah kerana terpilih menyambung tingkatan 4 di KISAS, sekolah mama semasa tingkatan 6. Semasa berada dalam persediaan A-Level di Kolej Damansara Utama (KDU), pernah juga dia terasa give up dengan bidang itu. Namun, perjuangan perlu diteruskan kerana harapan keluarga, ummah dan negara. (Patriotik pula, tapi betul kan kata kandamu ini, dindaku?)

Penerbangan dari Dubai mendarat jam 9.36 malam, tahniah kerana menepati masa


Kami yang sabar menunggu dan terus menunggu, kecuali adik dan Kak Ude. Heheh...



Pramugari pesawat Emirates - sumber google. Tak sempat snap secara live semasa mereka lalu.
Kenapalah mereka tidak pakai selendang itu dengan sempurna?
Bukankah begini nampak
lebih semak mata memandang? Hmm....


Akhirnya, hampir jam 11 malam baru nampak sebatang tubuh yang dinantikan.
Aisyah dah tak sabar sangatlah tu, tengoklah apa yang jadi pada gambarnya


Sampai sahaja ke pintu ruang bertemu....


Orang pertama - mama


Orang kedua - baba


Memang itu niat Aisyah, kemudian barulah giliran kami, adik-beradiknya


Aisyah dengan kakak sulungnya. Soalan, siapa nampak lebih muda?


Aisyah dengan Kak Ude, adik kedua akhir


Aisyah dengan satu-satu abangnya = adik lelaki saya



Jenuh adjust, maklumlah bonet Innova bukan macam bonet kapal terbang.
Tak sabar hendak tengok isi di dalam beg itu seberat 30.2kg itu
. Entah apalah agaknya?


Ole-ole dari UK


Untuk anak buah, Dhiya'



Untuk bakal anak buah

"Oh, terima kasih banyak-banyak, Mak Jang@Mak Ndak,"
ucap baby dalam perut saya dengan rasa terharu


Kepulangan Aisyah sempena cuti musim panas ini sangat bertepatan dengan masa. Saya tidak perlu susah-susah mencari confinement lady@penjaga pantang semasa berpantang nanti, sepertimana pengalaman kawan blog saya, Azza. Save bajet saya dan suami. Heheh... Dapat timba pengalaman baru, kan Aisyah? Dulu jaga adik-adik, lepas ni jaga anak-anak buah pula. Senang nak apply bila ada anak sendiri nanti, kan? kan? Jangan lupa ajar anak buah subjek Matematik & Akaun. Mama baby pun nak belajar selok-belok ilmu Akaun ini untuk bisnes yang sedang dirangka. Wah, terujanya saya...!!!

Sunday, June 13, 2010

@ Bukit Merah Laketown

Alhamdulillah, Allah izinkan saya berkumpul bersama keluarga pada 5-6 Jun yang lalu di taman tema air ini. Saya, en. suami dan adik-adik bertolak jam 6 petang dari Kuala Lumpur, sangkut di traffic jam Lebuhraya Kepong - Sungai Buloh dari 6.30 petang sampai 8.15 malam dan selamat sampai ke destinasi hampir jam 12 malam.


Kawasan wajib sangkut jam.
9 bulan yang lepas adalah laluan wajib saya pergi dan balik kerja. Azabnya rasa....



Adik-adik dara saya


Ketika sampai, baba, mama dan adik sudahpun tidur keletihan. Tetapi mereka tetap bangun menyambut ke'sampai'an kami. Siap dengan hidangan makan malam di tengah malam buta. Terima kasih mama.

Mama booking dua bilik; satu untuk keluarga kami dan satu bilik lagi di sebelah untuk saya dan suami. Adik lelaki saya, Syakir dan keluarganya tidak dapat ikut serta. Begitulah kebiasaannya bila anak-anak sudah punya keluarga sendiri. Ingatkan kena panjat tangga, rupa-rupanya bilik di tingkat bawah. Parking kereta pun betul-betul sebelah bilik.


Tengok, boleh keluar masuk ikut tingkap je.
Mak buyung, tergamakkah?



Bilik kami. Eh, kenapa macam berselerak?
Rupa-rupanya cadar kami sudah 'dicuri' oleh penginap di sebelah



Di belakang itulah penginapan kami

Untuk adik-adik saya di perantauan, Asma' dan Aisyah, mari cuci mata dengan gambar-gambar kami yang kalian rindui. Heheh....


Memang adik yang paling seronok pun, berendam dalam kolam tak ingat orang lain


Adik yang rindukan Kak Ude


OK semua, sila pandang ke kolam!
Tahu apa yang adik yang sedang fikirkan
?


Izzah Rafiqah & Izzah Rafhanah


Kak Ude sedang memujuk adik supaya tak payah mandi kolam sebab nak jalan-jalan. Maka bercucuranlah air mata adik - kecewa


Dek kerana kesian, akhirnya adik dapat terjun lagi ke kolam untuk kali ke-4.
Itupun belum puas lagi


Maka, kami yang lain bersantai sahaja sementara kanak-kanak ribena itu bersuka ria mandi


Pak Su yang masih hensem


Menunggu si kanak-kanak ribena tukar pakaian


Posing sikit


Susah betul nak tangkap gambar yang semua 'ready'


Kita nak jalan-jalan ke mana?


Ke kanan ataupu ke kiri?


Dah ready, tapi tak cukup corum pulak. Baba, Kauthar dan Kak Ude melilau ke lain


Kami pun nak posing juga


Kami terawal sampai, kalau tidak boleh bergambar dengan ular. Ada berani?

Huarghhh!!!


Untuk cucu-cucu ke mama?



Kalau dah perempuan namanya


Terjumpa junior sekolah, Suhaida Mahpot bersama keluarganya bercuti. Terkejut tengok dirinya sudah kurus, sebab kali akhir tengok gambarnya semasa mengandung-naik 16kg


En. Suami merasa naik chairlift walaupun seorang diri. Saya gayat maaa....





Pemandangan dari atas chairlift


Kita naik kereta tak bergerak je lah, dik oiii


Hilangkan dahaga dahulu sebelum pulang


* * *


Sepetang di rumah Pak Su & Mak Su

Sebelum balik ke Ipoh, saya, suami dan adik bongsu singgah di rumah bapa saudara merangkap adik bongsu mama di Gunung Semanggol. Solat Zohor, mandi dan makan tengah hari di sana. Pertama kali bawa suami ke sini. Keluarga saya yang lain terus pulang ke Ipoh kerana baba sudah kepenatan.


Kanak-kanak lincah yang tidak tahu letih


Berehat-rehat di kerusi malas ini boleh buat mata terlelap,
ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi


Pasangan romantis.
Dari tiada anak sampai beranak empat, masih naik motor berdua


Pak Su dan Mak Su promote pada mama pagi tadi, jadi kami wakili mama datang untuk lihat-lihat
'rumah untuk dijual' ini- RM200K






Bagaimana? Mahu menetap di kampung atau di KL?


Sekian dahulu percutian singkat kami sekeluarga. Sepatutnya malam itu juga mahu pulang ke KL, tetapi ada surprise di rumah. Asma' & Aisyah mahu tahu? Cepatlah pulang ke tanah air!

Saturday, June 12, 2010

Dedikasi untuk Kanda

Kanda....

Maaf untuk segala yang berlaku hari ini
Maaf untuk segala yang berlaku semalam
Maaf untuk segala yang berlaku kelmarin
Maaf untuk segala yang berlaku kelamrin dulu
Maaf untuk segala yang berlaku selama 8 bulan 2 minggu 5 hari
Maaf untuk segala yang berlaku selama perkenalan

Maaf atas segala yang mengguriskan
Maaf atas segala yang menyakitkan
Maaf atas segala yang merobekkan
Maaf atas segala yang mencalarkan
Maaf atas segala yang memedihkan
Maaf atas segalanya selama berkasih sayang

Maaf kerana aku tidak memahami
Maaf kerana aku tidak mendalami

Maaf kerana aku keletihan
Maaf kerana aku punya banyak impian

Maaf kerana aku bukan yang terbaik

Aku hanya insan.....

Aku mohon pengertianmu
Aku mohon redhamu
Untuk aku melangkah ke Firdausi-Mu


Aku sayang kamu....


Maaf kerana aku
tidak pandai menghargaimu
tidak pandai mensyukurimu
tidak pandai memujimu
tidak pandai mengambil hatimu
tidak pandai menjiwaimu

Maaf kerana aku
hanya tahu mengeji
hanya tahu menyakiti
hanya tahu mengasari
hanya tahu mengarahi
hanya tahu memarahi

Sebenarnya... Aku...
kesal dengan sikapku
marah dengan diriku
sedih dengan apa yang berlaku

Hakikatnya... Aku perlukan kamu...
untuk membetulkan diriku
untuk menegur sikapku
untuk mengingatkanku
untuk menyempurnakan kekuranganku
untuk menguatkan kelemahanku
untuk mendampingiku

Abang...
aku perlukan kamu di dunia untuk aku di akhirat....


~ Tulang rusuk kirimu ~


Memori di puncak Gunung Jerai, 12.12.09


* * *


Bahtera Kasih

Kita ditakdirkan bertemu
Di dalam satu bahtera
Kita ditakdirkan bertemu
Untuk menyimpul kasih
Takdir telah menetapkan
Bahtera ditimpa gelora
Arus badainya menghempas damai

Kita pernah berikrar
Akan terus bersama
Walau pun dilanda badai gelora
Namun semuanya itu
Hanya tinggal kenangan
Indahnya kini sudah tiada

Di sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Begitulah resam kehidupan
Indahnya hanya sementara

Bahtera kasih ibarat kaca
Zahirnya indah tetapi rapuh
Jika terhempas dilanda badai
Pastinya ia hancur berderai

Berdoalah kita kepada Nya
Moga bahtera kasih
Kekal abadi

Bersamalah kita berwaspada
Bahtera kasih yang dilayari
Semoga pelayaran ini
Akan kekal abadi
Akan kekal untuk selamanya



Klik wildan-bahterakasih.wma untuk mendengar



Munsyid : Wildan
http://liriknasyid.com

Lagu : Zaidie Wildan
Lirik : Zaidie & Wildan

Friday, June 11, 2010

Aktiviti Majalah Mami & Baby

Saya teringat yang saya dan suami pernah ke Mom & Baby Expo 2010 anjuran majalah Mami & Baby. Kami pergi pada hari akhir iaitu 9 Mei 2010 di Exhibition Centre Mid Valley. Pergi dengan menaiki LRT sungguh memenatkan. Macam-macam ada di ekspo ini. Tetapi kami tidaklah borong beria-ia kerana tujuan asal untuk survey sahaja. Lagipun memang bajet yang cukup-cukup sahaja. Di samping memikirkan perjalanan balik nanti pasti semacam berada di dalam tin sardin terutamanya di komuter.


Di ekspo ini sahaja kita dapat lihat puluhan stroller baby penuh sesak dan traffic jam



Shopping barang-barang untuk baby kali pertama


Ini dia barang-barangnya


Beg serbaguna. Untuk baby ke mama & abah baby ni?


Advanced gift. Terima kasih, Mak Ngah Aisyah. Hadiah untuk Dhiya' pun belum beri lagi.
Macam-macam yang mak long nak bagi Dhiya' tau, tapi surprise....
(Sebelum balik rumah, singgah sebentar di rumah adik ipar untuk jenguk Dhiya')



* * *


Hari ini, semasa saya surf internet, saya masuk ke laman web mereka http://www.mamibaby.com.my dan terjumpa iklan berkenaan Bengkel Antenatal untuk Ibu-ibu Hamil. Sebagai persediaan menghadapi saat-saat kelahiran baby dan melalui tempoh berpantang, tentunya saya teruja.


Tarikh : 19 Jun 2010
Tempat : Hotel Boulevard, Mid Valley
Masa : 1 tengah hari - 5 petang
Yuran : RM25 setiap pasangan
Penyertaan : 25 pasangan sahaja


Ada tawaran istimewa, sesiapa yang bayar sebelum 11hb, cuma perlu bayar RM15. Penganjur juga sediakan hadiah kit kelengkapan bayi daripada Huggies bernilai RM45! Apalagi, saya mestilah tidak mahu melepaskan peluang. Cuma yang merunsingkan saya, bila masa untuk kami solat Zohor? Sesiapa ada cadangan?

Petangnya, selepas memaklumkan tentang pembayaran yang sudah saya buat, pihak penganjur menghubungi saya, mengesahkan tentang pembayaran saya sudah diterima. Mereka juga berpesan supaya saya memakai seluar. "Ha???" Saya sedikit terkejut. Rupa-rupanya dalam program nanti ada sesi senaman Pilates. Apakah itu? Yang saya biasa dengar senaman Yoga sahaja.

Bagi mengoptimumkan teknologi dunia di hujung jari, saya google search dan baca link ini:
http://pilates.about.com/od/pilatesforeverybody/a/pregnancyBasics.htm

Ini pula video berkaitan senaman Pilates:




Harap-harapnya tiada aral melintang dan kesihatan saya dan suami baik pada tarikh itu. Serik pula rasanya naik LRT, tambahan pula keadaan saya sekarang tidak mengizinkan lagi untuk bergerak lasak. Moga baik-baik sahaja.... amin....


* Sesiapa yang berminat, masih ada 10 kekosongan lagi! (Updated info tengah hari tadi)

Blog Berubah Wajah

Assalamualaikum....

Blog saya berubah wajah hari ini!

Disebabkan ini ---->


Template Design NEW yang mengujakan saya mengexplore!


Banyak entri yang tersimpan dalam kepala ini belum dikeluarkan.
Adakah insan yang ternanti-nanti entri saya, eh?

Insya-Allah, sedikit masa lagi. Sabar....


* Saya lupa save template lama yang saya suka itu, huhu....

Saturday, June 5, 2010

Reminder : Cuti Sekolah

Cuti sekolah sudah bermula hari ini. Bagi yang tinggal di Kedah, Kelantan dan Terengganu, hari ini sudah masuk dua hari bercuti. Saya tidak bersekolah lagi sekarang ini. Jadi cuti saya hanya akan berlaku esok hari. Satu hari sahaja ya, bukan 3 minggu seperti tiga orang adik saya, mama dan baba saya.

Walaupun rutin cuti saya sudah berubah sesudah berhijrah profesion, saya bersyukur kerana masih ada ruang dan masa untuk diri dan keluarga. Nikmat sehari itu sangat berharga dan saya sentiasa merancang supaya ia tidak disia-siakan hanya dengan melepak di rumah (kecuali apabila tersangat letih dan tiada mood). Sekurang-kurangnya saya ada masa cuti dibandingkan dengan pekerja-pekerja Indon Kedai Dobi di tingkat bawah rumah saya yang tidak pernah bercuti. Setiap hari memulakan kerja jam 7.30 pagi dan hanya berakhir 12 malam. Di situlah mereka bekerja, makan, minum, melalak, menyanyi, bersembang dan menghabiskan masa. Fuhhh... tabahnya mereka demi sesuap rezeki yang halal.


Reminder cuti saya minggu pertama Jun 2010. Saya mula memanfaatkannya selepas berhijrah.

Insya-Allah, selepas pulang dari kerja pada petang ini, saya dan suami serta 3 orang adik-adik dara saya bertolak ke Bukit Merah Laketown @http://www.bukitmerahresort.com.my. Mama sudah tempahkan bilik untuk kami sekeluarga bercuti 2 hari satu malam. RM50 sahaja untuk satu bilik. Sudah lama juga kami tidak berkumpul untuk bercuti memandangkan kekangan masa setiap seorang daripada kami. Alhamdulillah, moga Allah selamatkan perjalanan kami malam ini. Mama, baba dan si bongsu Safiyyah sudah menanti kami di sana. Tungguuu.......


Here we go!


Mungkin percutian terakhir untuk saya sebelum baby lahir ke dunia.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
bertemu dalam taat padaMu,
bersatu dalam dakwah padaMu,
berpadu dalam membela syariatMu.

Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah kepada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

Doa Rabithah yang saya pelajari semasa di sekolah. Rasa sayu membacanya.
Related Posts with Thumbnails