Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia Dan mengharapkan sebuah bahtera indah Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri Diijab kabulkan dan dirahmati Detik pertemuan dan pernikahan Yang dihujani air mata kasih Demi syurga Ilahi
C/o Suami jangan menagih setia Umpama Hajar dan setianya Zulaikha Terimalah seadanya yang terindah Di lubuk hatimu Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia Suami langit penaungnya Isteri ladang tanaman Suamilah pemagarnya Isteri bagai kejora Suami menjadi purnama Tika isteri beri hempedu Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun Isteri carilah penawarnya Sungguh isteri rusuk yang rapuh Berhati-hatilah meluruskannya
Album : Damba Kasih Munsyid : In-Team http://liriknasyid.com Senilagu: Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.) Senikata : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.) Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Entri ini ditulis bukanlah kerana mahu menyahut dan meraikan sambutan Hari Ibu yang dianjurkan oleh masyarakat di Barat. Ia lahir atas dasar rasa kangen dan ingatan pada Mama di kampung. Dan secara kebetulan, ia berlaku dalam bulan Mei ini.
Entri ini dapat diambil daripada e-mel yang dihantar oleh rakan sejawat dan juga serumah dengan saya. Semoga ia mampu dihayati oleh diri ini dan juga memberi manfaat buat semua yang membaca. Hayatilah bersama iringan Lagu untuk Ibu yang syahdu nyanyian kumpulan Brothers.
Orang kata aku lahir dari perut mak (bukan orang kata...memang betul pun)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak Bila lapar, yang suapkan aku....mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak Bila bangun tidur, aku cari....mak Bila nangis, orang pertama yang datang....mak Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak Bila nakal, yang memarahi aku....mak Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak Aku selalu teringatkan....mak Bila sedih, aku mesti telefon....mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak Bila bengang...aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah....mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak Bila ada masalah, yang paling risau....mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk....mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak Yang selalu berleter kat aku....mak Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak Bila nak kahwin...Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan telefon pasanganku Entah bila...aku nak telefon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah." Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai = RM4.00
Tolong jaga adik = RM4.00
Tolong buang sampah = RM1.00
Tolong kemas bilik = RM2.00
Tolong siram bunga = RM3.00
Tolong sapu sampah = RM3.00
Jumlah = RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan = PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu = PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu = PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu = PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu = PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku = PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu." Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.
SEKARANG Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah perkongsian ini kepada sahabat-sahabat anda.
Sekiranya dihantar kepada: 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu 2-4 orang : Kamu sayang ibumu 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada ibumu 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi ibumu
Hanya doa yang mampu untukmu, Mama... "Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghira."
Terima kasih pada sang pengirim lagu ini. Ia datang ketika diri dalam kebuntuan. Sejak menerimanya, ia sentiasa bermain di telinga saya. Hinggakan ia mampu menitiskan air mata. Liriknya begitu menyentuh jiwa. Irama dan melodinya juga bisa menenangkan hati yang lara. Hayatilah....
Liriknya juga buat tatapan...
Wahai pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dari-Mu Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini ku harapkan cinta-Mu
Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku dengan-Mu