Showing posts with label Dunia Blog. Show all posts
Showing posts with label Dunia Blog. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

2013: Tahun Kelahiran 3 Bayi

Bayi Pertama lahir pada Januari 2013


Syarikat Penerbitan dan Percetakan Firdausi Solution





Bayi Kedua lahir pada Jun 2013

Butik Online Si Kecilku Comel



Bayi Ketiga lahir pada Julai 2013

Afif Fateh bin Muhammad Fadhli


Kelahiran ketiga-tiga bayi ini antara sebab kenapa blog kesayangan ini terpaksa dibiarkan sepi. Mereka bertiga sedang membesar dengan sihat dan ceria, alhamdulillah.

Saya tidak mahu berjanji lagi pada pembaca yang sudi bertandang, cuma saya menyimpan azam yang tulus demi teratak maya ini. 

Allah sebut,
"Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah."
"Apabila kamu berazam maka serahkanlah kepada Allah."

Insya-Allah.

Saturday, June 4, 2011

Jom LIKE Iffah Farhanah!

Assalamualaikum.

Sebulan lebih ummi Iffah tak update blog. Sibuk betul ummi Iffah seorang ni. Meh Iffah tolong updatekan. Hehe...

Makcik-makcik, pakcik-pakcik, Iffah nak beritahu ni, Iffah ada sertai satu contest The Cutest Baby anjuran kawan ummi, Makcik Haridah Sahri namanya. Dia kawan ummi semasa ummi jadi freelance editor PTS dulu. Duduk serumah di rumah yang PTS sediakan. Waktu itu ummi anak dara lagi. Sekarang ini Makcik Haridah sudah jadi businesswoman tau! Taukeh Coklat dan Barangan Bayi. Hebatnya dia....Ummi pun teringin hendak jadi seperti dia. Ummi selalu cakap....

Oh, berbalik kepada contest tadi, senang sahaja caranya. Iffah cuma hendak minta bantuan makcik-makcik, pakcik-pakcik dan kawan-kawan untuk berikan undian kepada Iffah. Mesti ada akaun Facebook tau! Cara-caranya:
  1. Login Facebook dulu
  2. Masuk page Tasneem Baby and Kids dan klik LIKE
  3. Klik album Cuttest Baby Contest
  4. Cari gambar keempat bernama IFFAH FARHANAH
  5. Klik LIKE
Itu sahaja! Mudah, bukan?

Jadi, jom ramai-ramai LIKE Iffah ye...
Pemenang dikira berdasarkan undian LIKE tertinggi.

Ini gambar Iffah Farhanah yang ummi pertaruhkan. Hehe...





Hadiah utama ialah Bebetops yang cute seperti dalam gambar di bawah ini. Iffah teringin sangat nak pakai di kepala.


Cute, bukan? ;)


Terima kasih semua ya.... Kalau ada rezeki Iffah menang, Iffah ada sesuatu yang istimewa untuk para pengundi. Tapi ummi cakap, "Biarlah rahsia...." Insya-Allah.

Tuesday, March 29, 2011

Emak Marah Anak Bertudung?


Bismillah.

Nampaknya teratak maya saya ini berhabuk kembali. Bagi memeriahkannya semula, saya ingin kongsikan satu kisah kontroversi antara seorang anak dan ibunya berkenaan tudung. Saya kutip daripada blogwalking tengah hari tadi di blog ini. Tajuk entrinya agak sensitif bagi saya.

---

Alkisahnya, seorang pemuda bernama Shah baru sahaja baru sahaja pulang ke rumah. Dia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.

Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul-betul meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja. Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu...

Ibu : Hhmmm

Anak : BU!

Ibu : APA?

Anak : Mmm... tadi saya ke masjid dengar ceramah....Ibu, dengarlah ni....

Ibu : IYA! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu!

Ibu : Apa dia? Cakap ajelah...

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal tudung. Katanya pakai tudung itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya nak pakai tudung. Boleh tak, Bu..?

Ibu : Jangan...

Shah cuba menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi itu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,Bu. Boleh ya, saya nak pakai tudung?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN...

Anak : Tapi bu... bukan lebih baik saya memakai tudung kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya... betul tak bu...? Bolehlah bu...

Ibu : TAK BOLEH!

Anak : Kenapa? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai tudung? Ustaz cakap, tudung itu bukan budaya Arab. Itu syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN PAKAI!

Anak : Jadi, Ibu melarang saya... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai tudung. Terserah Ibu nak kata apa. (Tak perlu taat pada orang tua jika menyuruh kita melakukan maksiat pada perintah Allah)

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke? Ibu kata jangan, jangan, JANGAN!!!

Anak : WALAU APAPUN JADI, ESOK SAYA TETAP NAK PAKAI TUDUNG. MUKTAMAD!

Ibu : Jangan pakai, faham tak?

Anak : TUDUNG!

Ibu : JANGAN!

Anak : TUDUNG!!

Ibu : J A N G A N!!!

Anak : T U D U U UN G G G G G!!!!

Shah sudah tidak dapat menahan perasaannya. Dia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itubagi membela si anak supaya si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk pintu....namun Shah terdengar lagi kata-kata daripada si ibu.

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN, JANGANLAH! KAMU KAN LELAKI.....Mana ada orang laki pakai tudung!!! Itu la, masa ustaz bagi ceramah kamu tido!!!
Shah terkedu lalu melangkah longlai ke biliknya semula.


Hehehe, serius betul baca ya....................saya pun terkena!!!

Gelak-gelak juga, tapi ada mesej di dalamnya.
(Ini juga akibat tidak mengenali jiran tetangga :))


Nota:
1. Hukum menutup aurat adalah wajib sama seperti menunaikan solat, puasa, zakat dll. Dalam al-Quran ada sebut, bukan saya yang reka cipta ya.
2. Tiada masalah jika mahu mengikut trend semasa, tetapi biarlah masih dalam batasan syariat. Zaman teknologi kini begitu banyak pilihan, cuma tepuk dada tanya selera.
3. Menutup aurat dapat menjaga maruah dan harga diri. Dengan syarat masih menjaga tingkah laku dan adab. Barulah NAMPAK MANIS DIPANDANG.
4. Cuba latih anak menutup aurat sejak kecil sepertimana potty train, barulah jadi kebiasaan pada mereka.


Macam ustazah cilik ini!

*

*

*

Tiba-tiba terasa mahu anjurkan GA, tapi adakah orang yang mahu sertai?

Friday, February 11, 2011

Mari Berkempen!

Assalamualaikum.

Semasa blogwalking tadi, saya terjumpa blog adik-adik yang menganjurkan kempen penting untuk semua umat Islam. Atas keprihatinan mereka, saya turut ingin menyatakan sokongan terhadap kempen ini. Zaman belajar dahulu pernah juga sertai kempen anjuran persatuan mahasiswa universiti selepas solat Jumaat. Kali ini hanya mampu sertai kempen di alam maya. Moga usaha kecil ini tetap dinilai oleh Allah.

1. Kempan "Kami TAK sambut Hari Valentine" oleh Cik Sunah


2. Kempen Cintai Rasulullah oleh Cik al-Hakim

"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,
SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"


Kalian yang ingin memberi sokongan terhadap anjuran kempen ini, sila klik link ini. Jika kita tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Buatlah sekadar yang mampu. Teringat ayat-ayat pendek sabda nabi kita, Muhammad SAW:

Ballighu 'anni walau ayah
Sampaikanlah walaupun satu ayat.

Qulil haqqi walau kana murra
Katakan kebenaran sekalipun ia pahit.
Related Posts with Thumbnails