Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

La Boutique Caffe Upin Ipin

"Upin Ipin sudah ada kafe sendiri? Betulkah?"

"Betul, betul betul! Kalau tak percaya, tengok sini!"


Lokasi di Seksyen 7 Shah Alam, belakang Jakel

Saya datang ke Shah Alam kerana menghadiri personal coaching dengan Edymart anjuran Edy Marketing. Saya fikir makanan disediakan, rupanya tidak. Saya akan kongsikan dalam entri lain. (Yuran program RM50 sahaja, memang berbaloi. Memang takkan dapat di tempat lain). Maka berkeronconglah perut saya kerana belum makan tengah hari. Selesai program jam 3 petang, saya ajak suami makan di kedai bawah tempat program. Tapi, tiba-tiba saya ternampak restoran budak kembar kepala botak di sebelahnya. Ayat yang terkeluar waktu itu, "Eh, restoran Upin Ipin pun ada?" Terus saya ajak suami ke situ.

Melangkah masuk sahaja ke kafe itu.....


Wahhh!!!

Hiasan di dinding dan keseleruhannya ambil konsep cerita Upin Ipin

Tengok buku menunya, bukan main panjang lagi

Kreatif betul idea Les Copaque.
Mak budak pun suka apatah lagi budak-budak


Upin Ipin dan Iffah - watak baru akan muncul dalam musim baru.
Tengok kepala Iffah, sama macam mereka, kan? Kikiki

Tapi rambut Iffah sudah tumbuh berdikit-dikit.
Heroin ini baru menyulur, lambat lagilah boleh main kejar-kejar dengan Upin dan Ipin


Ini untuk En. Suami - Nasi Goreng Chicken Chop RM13.90

Ini pilihan saya - Spagetti Bolognaise RM8.80

Air teh-O ais RM1.50 + sirap bandung RM1.80

Jumlah semua RM26.
Quite okey
walaupun kami tidak kenyang juga sebenarnya. Huhu


Siapa yang datang bawa anak kecil, pastikan bawa duit besar, ya. Bukan saja boleh makan-makan, aksesori Upin Ipin pun ada dijual di sebelah kaunter bayaran. Silap-silap habis semua mahu dirembat. Cuma maskotnya saja yang tiada di sini. Iffah akan dapat patung Ipin dalam minggu ini sebab ummi sudah booking di sini. Teddy bear Iffah dapat kawan baru, yeay....!!!!

*Apa pula idea Les Copaque sekiranya Boboiboy juga meletup selepas ini?

Tuesday, June 1, 2010

Ketika Mood Up

Alhamdulillah, hasil jelajah ke blog teman-teman, banyak input yang saya peroleh. Antaranya, idea menu makan malam semalam yang saya cedok daripada blog pnAA (http://alifkhamsa.blogspot.com/2009/11/makaroni-melayu.html). Saya sudah minta izin awal-awal lagi tau. Cuma saya ubah suai sedikit mengikut bahan mentah yang masih ada di dalam peti sejuk. (Kes stok seminggu tidak memasak)


Makaroni Melayu


Sediakan bahan-bahannya


Saya masak guna marjerin daisi, harum semerbak....
(Oh, sila abaikan warna-warni di kuali ini, ia sudah 4 tahun berjasa kepada saya)



Tumiskan bawang + cili boh


Tambahkan udang + ayam


Masukkan kobis + lada benggala = khasiat


Buatkan lubang di tengah kuali + pukul telur + biarkan sebentar kemudian gaulkan sebati


Perlahankan api + masukkan daun bawang = sengaja untuk warna-warni


Sedia untuk dijamah bersama oren sunquick


* * *


Hujung minggu sudah saya habiskan di pejabat bagi memenuhi permintaan pelanggan. Alhamdulillah, hari ini saya cuti di kala orang lain sibuk memulakan tugasan minggu baru. Mood pun up hari ini. Jadi, dari pagi hingga ke malam saya rajin masuk dapur.

Menu sarapan ini juga saya ambil daripada blog pnAA. Rupanya pnAA kita ni pandai memasak. Bilalah agaknya boleh merasa ya....


Makanan Sunnah = Cekodok Kurma & Minuman Habbatus Sauda'


Tepung gandum + kurma (Buang bijinya dan hiris) + sedikit santan + sedikit sahaja garam


Masukkan air + kacau sebati


Goreng hingga warnanya kekuning-kuningan

Sementara itu, bancuh minuman.


Serbuk habbatus sauda' ini boleh dibancuh sama ada bersusu atau O'.
Terpulang pada citarasa masing-masing. Baik untuk kesihatan tubuh badan



Sarapan sudah siap. Jom makan! Bismillah dulu!


Rasanya manis-manis gitu. Budak-budak mesti suka sebab mama budak ini pun suka. ;)


* * *


Mengidam Roti Jala

Terliur melihat Puan Paan@Farah (http://www.sarakids.com/blog/?p=3411) buatkan hidangan ini untuk minum petang keluarganya. Jadi, saya pun cuba menyediakannya untuk pertama kali sejak berumah tangga. Bezanya, ia menjadi santapan makan malam kami berdua.


Roti jala cicah kari ayam. Puas dapat makan banyak ;)
Cuma suami cakap, "Kurang jalanya!"


Semua ini cubaan pertama! Saya tiada bakat memasak yang hebat seperti baba (ayah) saya. Tetapi, sebagai isteri, rasa puas apabila dapat sediakan sendiri makan minum untuk suami. Moga ia menjadi pengikat kasih sayang yang berpanjangan. Amin....

Thursday, May 6, 2010

Teka-teki: 2 S 1 M

Apakah 2 S 1 M?
Cuba teka, apa dia?

Klu ada di bawah ini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ikan bakar, air asam, sambal ikan dan sayur campur.
Hidangan makan tengah hari untuk saya dan en. suami.
Siap dalam masa sejam semasa waktu rehat kerja.
(Saya sendiri macam tak percaya. Hihi)



Kek Batik
Sudah lama kepingin nak makan, tidaklah susah membuatnya.
Antara rajin atau malas sahaja. ;)


Ini resepinya. Saya salin dari satu blog resipi.
(Alamak, tak ingat pula blog siapa. Minta izin ya kepada empunya resipi)


Sarapan pagi pada penghujung minggu. Ini sahaja yang sempat dibuat.
Kira OK lah, kan? Daripada makan biskut cicah air sahaja ;)


Nasi Goreng Special
Ada add-on ayam masak kicap & french fries. Ada sesiapa mahu order?


Kalau mood saya sedang rajin untuk ke dapur + macam-macam yang teringin hendak makan + cukup bahan perkakas, insya-Allah ada la hasilnya. Cuma antara jadi ataupun tidak je. En suami sahaja hakim besar setakat ini. Yang bestnya, dia makan je semua yang saya masak. Terima kasih, abang....


Oh, sekali lagi mahu tanya, apa 2S 1 M tu?
.
.
.
.
.
.
Jawapannya ialah........
.
.
.

Saya Suka Makan

('';)


* Tapi kurang minum. En. suami sangat marah perangai ini. Huhu...
Related Posts with Thumbnails