Bismillah walhamdulillah.
Syukur ya Allah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah. Saya kini gembira,bahagia dan tenang melalui hari-hari sebagai seorang isteri, ibu, anak, menantu, kakak, rakan dan benih kepada ummah selama setahun ini. Ada juga hari yang saya berasa sedih, duka, marah dan kecewa, tetapi semua itu menjadi asam garam, pahit maung dan masam manis dalam kehidupan. Hidup menjadi lebih indah dalam aturan yang Allah sudah takdirkan untuk saya.
Oktober 2011, saya tidak lagi bekerja makan gaji sepenuh masa dengan mana-mana organisasi. Bagi sesetengah orang, ia satu kerugian yang besar pada saya. Namun, bagi saya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Hari ini, saya sangat yakin pada qadha' dan qadarNya. Dia merencanakan perjalanan kehidupan yang sangat cantik pada mata saya. Begitu banyak hikmah yang saya temui dalam tempoh setahun ini.
Kehidupan saya kini:
- Tiada lagi pendapatan tetap tetapi saya masih punya pendapatan sampingan hasil jualan tudung labuh (Tudung Nur), t-shirt menyusu (Aqeela), busana muslimah (Ukhti), khidmat menjaga butik rakan saya (Little Heartwarmers) dan khidmat reka letak (layout) buku.
|
Sebahagian produk pakaian yang terdapat di Little Heartwarmers di Gombak.
|
Semasa Little Heartwarmers membuka booth di Seminar Wanita dan Syari'ah |
|
Pembantu peribadi saya |
|
- Tiada lagi rakan-rakan sepejabat tetapi saya masih berukhuwah dengan mereka (Kemilau Publika, PTS dan Tudung Nur). Saya juga punya ramai kenalan dan rakan-rakan baru dalam kalangan ibu-ibu muda (Lovely Life), adik-adik seperjuangan dan sukarelawan (Akademi Sinergi dan One Heart Creative Solution), rakan-rakan sukarelawan (Telekung Project), rakan-rakan niaga (Facebook group) selain sahabat-sahabat sepengajian (UIA dan SERATA)
|
Semasa Eidul Fitri di rumah rakan sekerja Kemilau Publika |
|
|
Bersama adik-adik sukarelawan Akademi Sinergi
semasa Seminar Transformasi Ramadhan 2.0 |
|
Bersama penulis, Cikpuan Sofiyah Satuyah Rasin (di kanan saya)
semasa program School of Life di Akademi Sinergi |
|
Menjadi emcee semasa Seminar Love Being a Mother (Siri 1) |
|
Menjadi sukarelawan bersama adik-adik saya di Special Talk by Prof Tariq Ramadhan
anjuran One Heart Creative Solution |
|
Bersama pengasas The Telekung Project, Puan Norazila semasa program pertama
bersama Anak-anak Yatim. Turut meraikan adalah Ustaz Don Daniyal. |
|
Pertama kali bersua Prof Dr Muhaya di IKIM selepas slot beliau hari Rabu pada Mac 2012. |
- Tiada lagi tugasan freelance mengedit dan mereka letak buku (layout) iaitu tugasan freelance editor tetapi saya masih berpeluang menyusun atur dan mendesain buku program untuk Seminar Love Being a Mother. Begitu juga tawaran mendesain buku kecil Yasin dan Al-Ma'thurat untuk bakal pengantin hadiahkan kepada tetamu.
|
Semasa melawat premis perniagaan senior saya, Puan Haridah, pemilik Tasneem Doorgift |
|
Pertama kali mendesain buku program. |
Jika dahulu sebahagian masa saya dihabiskan untuk kerja-kerja di pejabat, tetapi kini, hampir seluruh masa saya diberikan untuk anak saya yang sedang membesar. Saya bersyukur kerana Allah memberikan peluang untuk saya melaksanakan tugas hakiki seorang ibu kepada anak.
- Sudut fizikal (P), Iffah Farhanah dapat menikmati kelazatan susu ibu sepenuhnya sehingga umurnya dua tahun (dan masih lagi menyusu pada umurnya 2 tahun 4 bulan sekarang ini. Semasa bekerja dahulu, saya akui saya tidak cukup konsisten memerah susu untuk bekalan Iffah di nurseri. Lalu saya terpaksa top up dengan susu formula Bio-lac.Saya juga dapat sediakan makan minumnya dengan air tangan sendiri walaupun saya tidaklah pandai memasak.
|
Sangat gemar makan nasi lemak sejak beberapa bulan ini. |
|
Makanan ringan kegemaran Cik Iffah (tanpa mencicah sos). |
|
Aktiviti rekreasi di tepi tasik Taman Layang-Layang |
|
Mengenalkan Cik Iffah kepada alam semesta ciptaan Allah di Bagan Lalang, Sepang. |
|
Outdoor riadhah yang paling digemari oleh Cik Iffah. |
|
Antara aktiviti fizikal kegemaran Cik Iffah. |
|
|
Aktiviti kegemaran Cik Iffah apabila ke shopping mall. Free sebab duduk je. :) |
|
Cik Iffah memang pembantu ummi yang bagus. |
- Sudut intelektual (I), dengan segala ruang yang ada, Iffah cepat belajar banyak perkara baru. Saya dapat lihat perkembangan mindanya bergerak dengan aktif. Iffah belajar daripada buku-buku kecil Perkataan Pertama, First Word, carta dan tile puzzle ABC dan puzzle Alif-Ya. Bagi mengenalkan Iffah kepada al-Quran, dia diajar menggunakan buku al-Furqan, di samping menonton video Alif Ba Ta yang banyak versi di youtube. Setiap hari, Iffah suka menonton video animasi Upin Ipin, Boboiboy, Pada Zaman Dahulu, video nasyid, lagu pendidikan dan permainan di iPhone abahnya. Harinya seperti tidak lengkap jika tidak dapat menonton salah satu daripadanya. Dia juga suka menulis dan mewarna (menyonteng sebenarnya). Iffah belajar mengira 123 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui softbook dan video. Paling dia seronok mengira semasa menurun dan menaiki tangga rumah apartment kami. Hingga bila nampak saja tangga disebut 123. (Agaknya bagi dia, tangga=123 kot....)
|
Mengaji menggunakan buku al-Furqan selepas solat Maghrib. Tengok, matanya tengok ke lain. |
|
Kaedah membaca gaya Cik Iffah. Terus serap masuk ke dalam otak. :) |
|
|
|
|
|
Kaedah menulis gaya Cik Iffah. |
|
Kantoi.... Rupa-rupanya bukan buku atau kertas sahaja tempat Cik Iffah menyonteng. |
|
Sesi membelek buku di MPH The Curve |
|
Gembira dapat hadiah buku yang banyak daripada Mak Jang. Buku yang bagus ini dari UK. |
|
Kaedah mengira gaya Cik Iffah. Berkesan, insya-Allah. |
|
Anak-anak generasi Z sangat cepat mesra dengan komputer dan gajet.
Semasa di pejabat Amin Idris Training Consultant (jiran pejabat One Heart). |
|
Antara benda yang Cik Iffah suka adalah duit syiling. Semasa mula belajar menabung.
|
Cik Iffah yang aktif meneroka tempat baru. Semasa di program MasterPIES anjuran Total Success. |
|
- Sudut emosi (E), Iffah seorang anak yang peramah dan mudah mesra dengan
orang lain sebelum umurnya menjejak 2 tahun. Ke mana-mana sahaja kami
pergi sama ada ke kedai makan, masjid, shopping mall, taman
permainan dan sebagainya, apabila ternampak rakan sebayanya, dia akan
menyapa dahulu. Dia juga tidak takut pada orang yang lebih dewasa
daripadanya. Sikapnya itu menyebabkan saya tidak risau padanya sedangkan
realitinya dia membesar seorang diri di rumah tanpa rakan sebaya.
Namun, kebelakangan ini sikapnya sedikit berubah. Iffah mudah marah dan
garang pada orang. Tiada lagi sifat mesra seperti dahulu. Suami dan
rakan-rakan saya maklumkan pada saya, ia adalah perkara normal kerana
Iffah semakin membesar dan sedang belajar memberitahu perasaannya. Ia
disebut sebagai Terrible Two. Ya, peringkat ini adalah baru bagi saya dan saya perlu belajar lebih banyak ilmu psikologi kanak-kanak bagi menghadapinya.Cik Iffah juga penyayang pada haiwan dan tidak geli seperti umminya. :)
|
Cik Iffah berkenalan dengan budak Arab semasa di Masjid UIA. |
|
Kenalan baru Cik Iffah semasa test drive kereta masing-masing. :) |
|
Cik Iffah sangat sukakan kucing. Menurun daripada abahnya. |
|
Cik Iffah, si pencinta haiwan meneman ummi memberi makan dan minum
kepada arnab-arnab di rumah neneknya. |
|
Aktiviti rutin semasa di dalam kereta. |
- Sudut spiritual (S), alhamdulillah, sejak awal, Iffah sangat teruja apabila mendengar azan. Dia akan sebut, "Azal...." dan saya perbetulkan sebutannya "Azan". Bila saya solat, dia suka masuk ke dalam telekung saya. Tawaf sekeliling saya beberapa kali dengan seronok. Kemudian berdiri di sejadah saya sekejap dan sujud. Sujudnya sudah betul seperti sepatutnya, bukan meniarap lagi. Sesekali pernah juga nampak dia rukuk. Keletahnya memang mencuit hati. Pernah juga solat saya terhenti kerana tidak dapat menahan ketawa.
|
Cik Iffah semasa baru belajar sujud. |
|
Mencuba telekung di kedai. Tiada telekung yang muat pada muka Cik Iffah yang kecil
macam baby. Jadi solat pakai tuung saja. |
Kami melatih membawa Iffah ke masjid sejak dia masih bayi. Masjid kegemaran kami ialah Masjid Kota Damansara kerana kedudukannya yang strategik antara Sungai Buloh dan Petaling Jaya. Masjid yang aktif, penuh dengan majlis ilmu dan program kemasyarakatan. Paling seronok, baby & kids-friendly di ruang tingkat atas. Iffah berkenalan dan berkawan dengan ramai kawan baru di situ. Dia juga belajar membasuh kaki (wudhu') sebab di rumah saya tidak izinkan dia berwudhu'. (takut jatuh bila lantai licin). Saya mahu mengajar dia cintakan rumah Allah walaupun sekarang dia belum faham kepentingannnya.
|
Cik Iffah terjumpa Kak Mia Sara Nasuha semasa di Masjid Kota Damansara. |
Saya tidak melatih Iffah memakai tudung setiap kali mahu keluar dari rumah. Hanya baru beberapa bulan ini sahaja saya cuba selepas Iffah mendapat hadiah buku 'I Can Wear Hijab Everywhere' daripada Mak Jangnya. Alhamdulillah, Iffah tidak kekok, malah dia suka memakai tudung-tudungnya. Ada masanya dia bertahan memakai tudung dalam masa yang lama, tetepi kebiasaannya dia akan membukanya semasa di dalam kereta lagi.
|
Semasa jamuan hari raya di Surau al-Ehsan, Ipoh. |
|
Semasa berhari raya di rumah ibu saudaranya di Perak. |
|
Cik Iffah tahu bila orang angkat tangan menadah ke atas maksudnya orang sedang berdoa. Alhamdulillah Cik Iffah sentiasa berdoa bila mahu makan. Semoga anakanda akan mendoakan ummi dan abah nanti ya. |
* * *
|
Menyambut hari ulangtahun ke-2 kelahiran Cik Iffah di Ipoh. |
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
-Surah ar-Rahman, ayat berulang-ulang-
** Encik Suami, terima kasih kerana berusaha keras demi menyara keluarga kecil kita ini. Kita bahagia walaupun tidak kaya,
insya-Allah. Semoga Allah kuatkan semangatmu dan tetapkan pendirianmu di jalanNya.
** Saya berdoa dan berharap, keputusan saya untuk tidak bekerja
dalam bidang perguruan seperti mama dan baba saya direstui Allah. Begitu
juga keputusan saya tidak bekerja tetap sekarang ini dipandang Allah
kerana taklifan sebagai ibu yang mencabar pada zaman generasi Z ini.
Pada peringkat awal, saya juga dilema. Saya tidak mahu menjadi anak
derhaka. Namun saya bersyukur, mereka tidak pernah memaksa, malah
sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Tetapi jauh di sudut hati,
saya tidak tahu apa lagi perkataan yang boleh diucapkan untuk menyatakan
"terima kasih" saya pada mereka. Semoga Allah memberkati usia mereka,
membalas segala amalan dan kebajikan mereka dan menempatkan mereka di
Firdausi A'la bersama-sama. Amin.
Entry yang menarik... suka akak membacanya :)
ReplyDeleteTeruskan menulis
Kak Wan, terima kasih akak kerana sudi membaca. Semalam mood datang tiba-tiba, tak rasa nak tengok Anugerah Skrin di TV. Cuma, masalah saya bila ada mood baru nak menulis. Boleh Kak Wan kongsi tips mengupdate blog pada saya? :)
DeleteAlhamdulillah... tahniah, Kak Fir! Seronok baca perjalanan setahun akak yang benar bermakna ini. Semoga saya juga berjaya menjadi wanita, isteri, dan ibu yang hebat seperti akak. ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah,terima kasih Husna sudi menjenguk teratak maya akak ni. Ramai orang tanya, akak buat apa lepas berhenti kerja. Susah juga nak cerita, sebab buat macam-macam perkara. Nah, ini setahun punya cerita tapi baru sebahagian. Ada banyak lagi. Hehe.
DeleteAkak doakan Husna diberi kekuatan dan kesabaran. Kita baru bermula dan jalan kita masih jauh. Insya-Allah, semoga Allah makbulkan doa Husna. Akak juga mahu aminkan untuk akak. :)
Alhamdulillah, tahniah Fir! Semoga terus istiqamah dan sukses di dunia dan akhirat. Semoga akak turut menjejaki langkahmu pada suatu hari nanti! :)
ReplyDeleteTerima kasih Kak Nora atas doamu. Moga Allah memperkenankan doa akak. Saya doakan jalan menuju impian akak dipermudahkan. Saya seganlah dengan akak yang lebih berpengalaman. Saya banyak juga belajar daripada dialog akak dengan Iman tau! :)
Delete