Pada 6 September 2012, jam 10.15 malam, seorang lagi hamba dan khalifah Allah lahir ke dunia. Bayi puteri sulung hasil perkongsian hidup adik saya, Siti Asma' dan suaminya, Faiz selamat dilahirkan secara normal di Hospital ar-Ridzuan, Ipoh.
Fatma Akasma yang diambil sempena nama Fatimah.
Akasma bermaksud mawar putih dalam bahasa Turki.
Mengimbau kisah mereka berdua, mereka diijabkabulkan oleh bapa saya pada 10 Jun 2011. Pada masa itu, Asma' berada pada tahun akhir pengajian ijazahnya di Universitas Hasanuddin, Makasar, Indonesia. Mereka sempat merasai kehidupan perkahwinan dan percintaan jarak jauh tetapi dalam tiga bulan sahaja. Syukur, sejak awal, urusan jodoh, pertunangan dan perkahwinan mereka dipermudahkan Allah, alhamdulillah.
Along doakan ikatan kalian berkekalan hingga ke syurga.
Segar dari ladang! Berat Cik Fatma 2.1kg pada hari pertama. Bersih lagi suci.
Hari ketiga. Tenangnya melihat kamu. Rindu.
Fatma, minum susu ibu banyak-banyak ye, bagi cepat besar. Kita tengok nanti, boleh kalahkan Kak Iffah ke tak....
Tiga minggu menikmati susu ibu, berat menjadi 2.6kg. Alhamdulillah.
Ada 'can' Kak Iffah kalah ni....
Cik Iffah dan sepupu barunya. Baru belajar bermesra dengan baby.
Beza umur dua tahun, tapi macam nak sama besar.
Kiri: Uwais Iqbal berumur 2 bulan, sepupu baru Cik Fatma sebelah ayahnya
Satu lagi pengalaman manis saya apabila pertama kali menyusukan dua orang sekali gus atau disebut tandem nursing. Waktu itu hari keempat, ibu Fatma sedang diurut. Cik Iffah sudah pandai cemburu. Bagaimana agaknya reaksi dia bila ada adik nanti ya?
Semoga Fatma Akasma membesar dengan sihat, bijak, dipelihara Allah sepanjang hayatnya, menjadi anak solehah buat ayah dan ibu dan insan berguna kepada ummah. Sayang Fatma Akasma....
No comments:
Post a Comment