Monday, July 19, 2010

Seminar Pemasaran Facebook & Sarakids

Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan sarat mengandungkan anak pertama, saya masih diberi kekuatan oleh Allah bagi menghadiri sesi Seminar Pemasaran Facebook anjuran Internet Marketer Training Center (IMTC) pada Ahad, 18 Julai 2010.


Saya tertarik dengan topik Pemasaran Fan Page dan Facebook serta yurannya ;)

Banyak ilmu dan pengalaman yang saya timba daripada 2 orang sifu IM yang hebat ini. Pembentang pertama ialah tuan Gero Azrul, pakar pemasaran internet dan affiliate yang menekankan konsep AIDA dalam bisnes yang diusahakannya. Ternyata ia berkesan dan terbukti. Apakah AIDA?
A- Attention
I- Interest
D- Desire
A- Action

Apa yang dapat saya simpulkan, setiap usahawan perlu memasarkan diri (kata mudahnya 'jual diri') di khalayak sebelum memasarkan produk. Apabila kehadiran usahawan itu disedari oleh bakal pelanggan dan prospeknya, apa sahaja yang bisnes yang yang dijalankan oleh beliau akan mudah diterima kerana beliau sudah membina kepercayaan mereka. Antara cara cepat dan mudah juga adalah dengan menghadiri program-program dan mengambil gambar bersama sifu, pakar dan orang-orang ternama dalam bidang usahawan, lebih-lebih lagi yang sama dengan niche kita. Dengan cara itu, ia dapat membina kredibiliti usahawan itu sendiri.


Jadi, saya ikut cakap sifu Azrul. Mari kita bergambar! ;)


Dalam slot bersama tuan Safuan, pakar pemasaran Facebook pada sesi petang pula, kami didedahkan tentang aplikasi pemasaran melalui Facebook. Pada tahun 2008, beliau memulakan bisnes menjual kuih raya melalui FB dan keuntungan yang diperoleh sebanyak RM600. Bagi saya, ia berbaloi sebagai side income.

Bersama usahawan muda internet berusia 25 tahun. Saya kagum dengan anda!
Kanan sekali, Kak Norita yang tidak lokek berkongsi ilmu. Terima kasih, akak. Keep in touch! :)


Apabila kita berfikir mahu menjadi usahawan, perkara yang paling penting difikirkan adalah produk. Jika tiada produk, apa yang mahu diusahakan dan diniagakan? Menurut sifu Safuan, pada era ini, ada 3 jenis bidang niaga yang boleh dilakukan oleh usahawan iaitu menjual:
  1. Produk fizikal
  2. Produk digital
  3. Perkhidmatan / servis
Sebagai permulaan, beliau menyarankan kepada usahawan memilih salah satu bidang dan fokus. Apabila ia mendatangkan hasil, usahawan boleh cuba menjalankan ketiga-tiganya. Ia bergantung pada tahap kemampuan individu sendiri. Tetapi, jangan jadi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran' dan akhirnya menyesal dan putus asa. Bagi saya pula, buat masa ini, saya fokus kepada 2 bidang iaitu bidang 1 iaitu jualan buku PTS + tudung labuh Tudung Nur dan bidang 3 iaitu perkhidmatan suntingan dan pruf buku . Insya-Allah, saya teringin juga mencuba bisnes bidang 2 suatu hari nanti.


Bersama semua peserta yang aktif dan bersemangat. Saya mahu ambil aura mereka.


Gambar-gambar sepanjang program di sini.


* * *

Pulang dari IMTC, saya dan suami berkejar pula ke TTDI Jaya. Kami sesat walaupun saya sudah google map sebelum ini. Tetapi akhirnya sampai juga ke destinasi walapun dah hampir maghrib. Terima kasih Puan Paan @ Farah dan suami kerana guide jalan. Ada sedikit sedih kerana tidak dapat bertemu pemilik Sarakids ini (tapi ok juga sebab sudah comot bagai. ;)), tetapi tetap gembira sebab akhirnya dapat juga menjejak butik ini yang luas, cute, banyak barang dan tenang sekali. Saya jatuh cinta!


Ada playground


Barang-barang yang cute-mute


Bagaimana? Siapa yang tidak suka, kan?

Di ruangan inilah produk yang saya bawa akan ditempatkan.


Saya fikir satu tingkat rak sudah cukup sebab saya bawa buku tidak banyak
(sebab selalunya saya bawa berkotak-kotak untuk jualan di booth. Hehe)


RUPA-RUPANYA....

Mungkin tiga tingkat rak sebab ada 24 judul buku semuanya!
Tamaknya saya!
;)



Antara buku-buku bacaan terbitan PTS untuk kanak-kanak dan ibu bapa kini ada di Sarakids


Terima kasih Puan Farah atas peluang yang diberikan! Insya-Allah, semoga jalinan kerjasama ini adalah titik permulaan untuk kerjasama yang berterusan pada masa akan datang.


Tumpang bergambar di premismu, Paan!

Sebenarnya bukan mudah untuk saya membuat keputusan bagi melepaskan jawatan makan gaji sepenuh masa. Saya ada kisah panjang sebelum ini. Mungkin 3 hari 3 malam baru habis cerita agaknya. Tetapi saya yakin, semua yang berlaku adalah qadha dan qadar yang sudah Allah tetapkan untuk saya dan saya redha. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Sesungguhnya saya gembira dengan apa yang saya lalui sehingga hari ini. Semoga saya terus istiqamah untuk hari-hari mendatang. Amin.

4 comments:

  1. Tahniah Pn Ainon..ada masa kita perpanjangkan jaringan perniagaan kita ek...tak sempat nak kenal2 semua masa seminar tu...keep in touch..

    ReplyDelete
  2. Tuan Nadzri, ada pembetulan sikit. Nama saya Puan Firdaus, Puan Ainon itu majikan dan pengerusi PTS. ;) Insya-Allah, boleh jadi doa juga untuk saya agar dapat menjadi seperti sifu saya ini. ;) Tahniah, bisnes tuan memang menarik!

    ReplyDelete
  3. Bila nak sambung kisah 3 hari 3 malam tu Firdaus?? :) dah lama tunggu

    ReplyDelete
  4. Huhuhu....kan dah kena tegur dengan Cikgu Siti Sifir. Tak kusangka teratakku dikunjungi orang rupa-rupanya. Tengah mengumpul tenaga nak bercerita ni.

    Kak Pija, bagilah tip bagaimana akak urus masa untuk rumah tangga, anak-anak yang ramai, kedai dan rumah maya ni. Hairan campur takjub saya! ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails