Istilah ini masih agak baru di negara kita, tetapi sudah agak lama diperkenalkan di negara Barat. Tetapi sebenarnya, antara sedar ataupun tidak sedar, kebanyakan ibu-ibu dan suri rumah sudah lama mempraktikkannya sejak turun-temurun.
Sebagai contoh, ibu yang bangun seawal 4 pagi menyediakan nasi lemak dan kuih-muih, kemudian menghantarnya ke warung, kedai makan atau kantin sekolah. Apabila petang, dia mendapat hasil jualan daripada apa yang disediakannya. Dia adalah yang dimaksudkan sebagai WAHM.
Pada masa kini, istilah ini didefinisikan sebagai:
W -work
A - at
H - home
M - mother/ moms
Terjemahannya ialah ibu yang bekerja dari rumah.
Apabila ditanya kepada Mr. Google Search, laman web teratas dimiliki oleh ibu dari negara Barat ini, diikuti oleh laman web wikipedia, seterusnya laman web ibu-ibu di Malaysia antaranya ibu muda ini, Puan Fiza dan Puan Masayu Ahmad, masing-masing mempunyai 4 orang cahaya mata. Saya juga teringin untuk tersenarai dalam carta mesin carian Google. ;).
Rupa-rupanya, zaman berubah kembali. Semakin ramai wanita yang berkerjaya, berstatus isteri dan mempunyai keluarga mahukan kehidupan peribadi yang lebih seimbang. Justeru, berkira-kira dan menimbang-nimbang keputusan untuk berhenti kerja di pejabat seterusnya memulakan kehidupan sebagai suri rumah yang berpendapatan.
Mengapa WAHM?
Ada banyak sebab mengapa ibu-ibu memilih menjadi WAHM. Ia bergantung pada kehendak individu dan ia mungkin sama dalam beberapa aspek.
Kenapa saya memilih WAHM?
Saya akan senaraikan dalam episod akan datang, insya-Allah juga diari seminggu saya sebagai WAHM. Nantikan.... (Adakah yang ternanti-nanti? ;))
Assalamualaikum wbt,
ReplyDeleteSalam sayang buat yang teristimewa: Cik Puan Muda Pearl Yaquut ^_^
Jutaan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog keluarga saya, salam perkenalan tulus ikhlas daripada kami. *peluk!*
Saya doakan agar perjalanan WAHM Cik Puan Muda akan sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh-Nya, diberkati dan dirahmati Ilahi, Amin >O<
Teruskan usaha murnimu ini teman, jangan menoleh ke belakang. Gambatte ne!
Salam ukhwah,
mamafiza >w<
LittleKittle.com
Waalaikumussalam Mamafiza,
ReplyDeleteSalam perkenalan daripada saya. Saya mohon maaf kerana menerjah 'rumah' Puan Mamafiza tanpa memberi salam. Rasa seperti menceroboh pula. Maaf ya. Jemput masuk ke 'rumah' saya pula. ;)
Saya ucapkan tahniah kepada Puan Mamafiza kerana berada di antara tempat teratas dalam mesin pencarian google "WAHM". Pengalamann hidup Puan Mamafiza pastinya menjadi inspirasi ramai ibu-ibu di luar sana termasuklah saya.
Terima kasih atas doa yang dititipkan. Doa saya yang sama juga buat Puan Mamafiza, semoga kita istiqamah atas jalan yang dipilih. Insya-Allah, kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman bersama. Terima kasih.
Salam ukhuwah,
Puan Yaquut
Salam Fir
ReplyDeleteTerima kasih atas informasi ini, tidak pula saya tahu blog saya antara kedudukan yang teratas dalam carian google.
Teruskan usaha murni Fir, selamat bertukat status.
Salam Kak Mas,
ReplyDeleteTahniah daripada saya! Banyak yang saya perlu pelajari lagi dan lagi. Buku akak pun belum sempat dikhatam sebab marathon membaca macam2 genre dalam tempoh ini. Memang sangat bermanfaat.
Terima kasih Kak Mas, sumber inspirasiku. Selamat berjuang!
;)