Wednesday, April 13, 2011

Klip Video | Amir Munawer Vs Maher Zain

Saya terlihat pertama kali klip video Seluruh Mahabbah ini di FB teman. Tengok pada namanya, Amir Munawer saya tidak kenal pun. Tapi sedaplah nama itu. Kot boleh letak untuk nama anak seterusnya. Hihi. (Ok, masuk list siap-siap). Cuma nama Ruffedge biasalah dengar sebab suka dengan lagunya Belaian Jiwa.

Baru saya tahu yang penyanyi ini sudah ber'hijrah' lebih dahulu daripada Bob Lokman. Alhamdulillah, semakin ramai di kalangan artis Malaysia sudah mendapat hidayah untuk kembali kepada Pencipta. Mari kita doakan agar lebih ramai di kalangan mereka dan umat Islam seluruhnya terbuka hati, sedar, insaf dan kembali menghayati Islam.

Berbalik kepada lagu dalam klip video ini, ia mengisahkan kecintaan umat kepada Rasulullah SAW. Melodi dan liriknya sangat menyentuh jiwa. Syahdu. Klip videonya juga menarik dan satu kaedah dakwah yang kreatif dan direct to the point. Kalau anak-anak kecil tengok pun mereka boleh faham. Ia menggambarkan sunnah nabi dalam perbuatan dan amalan seharian beliau. Mudah untuk diikuti. Sepertimana klip video Maher Zain bertajuk The Chosen One juga menterjemahkan sunnah Nabi Muhamamd SAW dalam kehidupannya. Sebagai umatnya, kitalah yang seharusnya berbangga mencontohinya.

Mari layan sambil perhatikan.... ;)



Bulan pun pernah menyaksikan kisah,
cinta seorang nabi yang mulia,
apalah daya untuk kita semua,
meraih cinta yang suci dan tulus,

Dilahirkan ke dunia,

untuk kita semua,
dialah pembawa,
cinta sebenarnya,

Ya Rasulullah,

Seluruh mahabbah,
kuberikan kunyatakan,
hanya kepada mu,

Ya Rasulullah,

Seluruh mahabbah,
kuberikan kunyatakan,
hanya kepada mu,

Wajah baginda,

penuh bercahaya,
kekasih Allah yang paling setia,

Bumi Madinah,

menjadi mulia,
menghubung hati yang,
merindu padaNYA.

Dilahirkan ke dunia,

untuk kita semua,
dialah pembawa,
cinta sebenarnya.

Ya Rasulullah,

Seluruh mahabbah,
kuberikan kunyatakan,
hanya kepadamu.




Boleh baca cerita lanjut tentang hijrah penyanyi ini di blog fenomenasyid.

Bila tonton video Islami seperti ini, saya terfikir tentang aktiviti ala-ala Pop Kuiz yang boleh dibuat bersama anak-anak kecil. Orang dewasa pun boleh juga main sebab kadang-kadang kita pun tidak perasan. Contohnya, sebutkan sunnah nabi yang ada dalam video. Sudah tentu sangat banyak. Kemudian, ibu dan ayah bolehlah terangkan dengan lebih terperinci tentang perkara berkaitan dan ajak sama-sama amalkan. Salah satu cara pembelajaran yang tidak membosankan, insya-Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails