Thursday, April 21, 2011

Iklan | Pesta Buku Antarabangsa Kembali!

Bismillah.

Hari ini hari paling sibuk bagi semua penerbit buku yang terlibat dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Hari memunggah kotak-kotak buku dari lori ke gerai, memasang rak buku, menyusun atur buku-buku di rak, menghias gerai pameran dan akhirnya keletihan dalam kepuasan. Ini semua saya rasai kali terakhir pada tahun 2008 bersama PTS.

Tahun 2011, saya bersama penerbit Kemilau Publika sibuk di pejabat Kota Damansara. Sekarang kami sedang mengemas barang dan meja, menyusun buku, fail, dokumen dan menyumbat ke dalam kotak, seal dan melabel kotak. Saya masih sempat menjawab e-mel penulis dan mengemaskini blog sementara menunggu van balik menghantar stok buku dari PWTC. (Update blog untuk promosi syarikat majikan saya ye). Kami akan berpindah dan memulakan operasi syarikat di pejabat baru di Saujana Utama, Sungai Buloh pada 1 Mei 2011.

Sebenarnya kami tidak terlibat secara langsung pada PBAKL kali ini, namun bekerjasama dengan Galeri Buku Syabab. Para pengunjung boleh mendapatkan buku-buku terbitan kami di Dewan Tun Razak 3, Gerai C11, C12, C16 dan C17.


Pastikan anda melihat logo ini.


Dapatkan buku-buku terbaru kami dengan diskaun hebat.

Jika mahu lebih penjimatan, print kupon di bawah, bawa ke PBAKL dan tunjukkan semasa membuat pembayaran.


Kami juga mengadakan program Bedah Buku buku terbaru Ustaz Ann Wan Seng bertajuk Biar Orang Cina Pimpin Islam. Bunyi tajuk buku agak kontroversi, justeru jemputlah hadir beramai-ramai mendengar hujah penulis tentang isu ini.

23 April 2011, Sabtu, jam 6 petang di pentas utama PBAKL PWTC


Ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, sepupu-sepupu, mari kita manfaatkan pesta yang meriah ini. Jadikan ia aktiviti wajib keluarga setiap tahun. Pastinya tidak rugi melaburkan sejumlah wang untuk sesuatu yang bermanfaat!

2 comments:

  1. ana mmg teringin ya amat nak ke sane pidoih ooii..
    tapi apekan daye, duit tambang je pon mau ribu2 utk sefemli..
    tggu kami balik ke semenanjung ler baru dapat pegi jawabnye..

    ReplyDelete
  2. ape lagi...emelkan ajo tajuk2 buku yang dipingin berserta kewangannya, den bisa aja belikan sementara diskaun berbaloi2 nih. ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails