Selepas solat Zuhur, kami memulakan perjalanan. Kami melalui lebuh raya PLUS dari Hospital Sungai Buloh hingga ke exit LCCT. Ia memakan masa 1 jam dengan kadar tol RM8.80. Kemudian 1 jam lagi melalui jalan ke Golden Palm Tree Resort yang 5 bintang itu. Dengan bantuan Google Map dan GPS, alhamdulillah kami tidak sesat (di dunia) dan tiba dengan selamat. (Mudah-mudah kita juga tidak akan sesat di dunia dan akhirat apabila mengambil al-Quran sebagai rujukan utama, insya-Allah).
Pemandangan yang sungguh mendamaikan walaupun cuaca terik pada jam 4 petang. Belakang itu chalet Golden Palm Tree. Memang kelihatan mewah sungguh!Dapat ambil gambarnya pun jadilah ye.
Budak baru bangun tidur. Pelik agaknya lihat pemandangan yang jarang dilihat.
Tinjau kawasan sambil menghirup angin pantai.
Sebelum bermandi-manda isi perut dahulu. Nasi Kukus Utara yang dibeli berhampiran rumah kami. Ini antara nasi kukus paling sedap dan menjadi kegemaran kami sekeluarga.Siapa nak rasa? Meh, jemput datang ke rumah!
Lepak-lepak lagi sementara menunggu masuk waktu Asar.
Masuk waktu Asar, ummi tunaikan solat dahulu. Agak terkejut juga saya melihat air laut semakin surut.
Musim angin monsun apa sekarang ya?
Musim angin monsun apa sekarang ya?
Iffah yang mula-mula takut pijak tanah pun akhirnya berani dan seronok bermain air.
Sampai ke tengah laut kami renangi. Pencapaian terhebatlah bagi kami. :)
Sampai ke tengah laut kami renangi. Pencapaian terhebatlah bagi kami. :)
Pemandangan sebelum senja. Sayangnya tidak sempat melihat panorama matahari terbenam, dengar kata cantik.
Alhamdulillah, walaupun belum cukup puas berlama-lama di laut dan bermain di tepian pantai, dapat juga kenalkan Cik Iffah pada alam lain ciptaan Allah yang indah. Insya-Allah, nanti kita ke pantai dan laut lain pula. Pergi beramai-ramai lebih seronok rasanya.
** Teringat kali pertama ke sini bersama sahabat-sahabat UIA selepas grad dahulu.Oh, rindu pada mereka....
No comments:
Post a Comment