Tuesday, March 29, 2011

Emak Marah Anak Bertudung?


Bismillah.

Nampaknya teratak maya saya ini berhabuk kembali. Bagi memeriahkannya semula, saya ingin kongsikan satu kisah kontroversi antara seorang anak dan ibunya berkenaan tudung. Saya kutip daripada blogwalking tengah hari tadi di blog ini. Tajuk entrinya agak sensitif bagi saya.

---

Alkisahnya, seorang pemuda bernama Shah baru sahaja baru sahaja pulang ke rumah. Dia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.

Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul-betul meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja. Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu...

Ibu : Hhmmm

Anak : BU!

Ibu : APA?

Anak : Mmm... tadi saya ke masjid dengar ceramah....Ibu, dengarlah ni....

Ibu : IYA! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu!

Ibu : Apa dia? Cakap ajelah...

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal tudung. Katanya pakai tudung itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya nak pakai tudung. Boleh tak, Bu..?

Ibu : Jangan...

Shah cuba menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi itu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,Bu. Boleh ya, saya nak pakai tudung?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN...

Anak : Tapi bu... bukan lebih baik saya memakai tudung kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya... betul tak bu...? Bolehlah bu...

Ibu : TAK BOLEH!

Anak : Kenapa? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai tudung? Ustaz cakap, tudung itu bukan budaya Arab. Itu syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN PAKAI!

Anak : Jadi, Ibu melarang saya... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai tudung. Terserah Ibu nak kata apa. (Tak perlu taat pada orang tua jika menyuruh kita melakukan maksiat pada perintah Allah)

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke? Ibu kata jangan, jangan, JANGAN!!!

Anak : WALAU APAPUN JADI, ESOK SAYA TETAP NAK PAKAI TUDUNG. MUKTAMAD!

Ibu : Jangan pakai, faham tak?

Anak : TUDUNG!

Ibu : JANGAN!

Anak : TUDUNG!!

Ibu : J A N G A N!!!

Anak : T U D U U UN G G G G G!!!!

Shah sudah tidak dapat menahan perasaannya. Dia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itubagi membela si anak supaya si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk pintu....namun Shah terdengar lagi kata-kata daripada si ibu.

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN, JANGANLAH! KAMU KAN LELAKI.....Mana ada orang laki pakai tudung!!! Itu la, masa ustaz bagi ceramah kamu tido!!!
Shah terkedu lalu melangkah longlai ke biliknya semula.


Hehehe, serius betul baca ya....................saya pun terkena!!!

Gelak-gelak juga, tapi ada mesej di dalamnya.
(Ini juga akibat tidak mengenali jiran tetangga :))


Nota:
1. Hukum menutup aurat adalah wajib sama seperti menunaikan solat, puasa, zakat dll. Dalam al-Quran ada sebut, bukan saya yang reka cipta ya.
2. Tiada masalah jika mahu mengikut trend semasa, tetapi biarlah masih dalam batasan syariat. Zaman teknologi kini begitu banyak pilihan, cuma tepuk dada tanya selera.
3. Menutup aurat dapat menjaga maruah dan harga diri. Dengan syarat masih menjaga tingkah laku dan adab. Barulah NAMPAK MANIS DIPANDANG.
4. Cuba latih anak menutup aurat sejak kecil sepertimana potty train, barulah jadi kebiasaan pada mereka.


Macam ustazah cilik ini!

*

*

*

Tiba-tiba terasa mahu anjurkan GA, tapi adakah orang yang mahu sertai?

2 comments:

  1. Wah wah! Nani nak join GA kami! Nampaknya Nani menang tanpa bertanding! Hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails