Wednesday, March 9, 2011

Dedikasi untuk Suami, Muhasabah untuk Isteri

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih sayang antara kamu antara suami isteri."
[Surah Ar-Rum: 21]

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.

Kepada wanitalah
lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,
tidak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tidak logik kayu yang bengkok
menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah,
kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,
nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
nanti mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung,
di situlah segala jawapannya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situ nanti
mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka,
walaupun tidak jadi ratu cantik dunia,
presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,
kerana rahim wanita yang lembut itulah
yang mengandungkan lelaki-lelaki waja
negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan,
bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan
daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.
Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja ramai bos kehilangan secretary
bahkan anak pun akan kehilangan ibu
suami kehilangan isteri
dan bapa akan kehilangan puteri.

Jinakkan diri dengan Allah,
nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
Jangan mengharap isteri seperti Fatimah,
kalau peribadi belum lagi seperti Ali.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan
tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah
pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.


Petikan daripada tulisan Muhammad Ali Qutb
Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam
(Tuhfatul-’Aris Wal-’Arus)

Perjalanan kita masih jauh. Semoga ikatan yang terbina ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan bersambung di akhirat sana. Kita sememangnya berbeza, namun kita sama sebagai hamba-Nya. Peranan kita juga sama. Mari kita sama-sama hidup dalam redha-Nya.


Iffah Farhanah, permata hati penyejuk jiwa.
Amanah Allah untuk kita.
Tanggungjawab kita mengenalkannya pada pencipta-Nya.
Membesarkannya dengan ajaran baginda.
Mendidiknya menjadi hamba dan insan berguna.
Kita perlu lakukannya bersama.
Kerana dia zuriat kita.
Dan Tuhan akan persoalkannya di akhirat sana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails