Tuesday, March 29, 2011

Emak Marah Anak Bertudung?


Bismillah.

Nampaknya teratak maya saya ini berhabuk kembali. Bagi memeriahkannya semula, saya ingin kongsikan satu kisah kontroversi antara seorang anak dan ibunya berkenaan tudung. Saya kutip daripada blogwalking tengah hari tadi di blog ini. Tajuk entrinya agak sensitif bagi saya.

---

Alkisahnya, seorang pemuda bernama Shah baru sahaja baru sahaja pulang ke rumah. Dia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.

Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul-betul meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja. Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu...

Ibu : Hhmmm

Anak : BU!

Ibu : APA?

Anak : Mmm... tadi saya ke masjid dengar ceramah....Ibu, dengarlah ni....

Ibu : IYA! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu!

Ibu : Apa dia? Cakap ajelah...

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal tudung. Katanya pakai tudung itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya nak pakai tudung. Boleh tak, Bu..?

Ibu : Jangan...

Shah cuba menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi itu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,Bu. Boleh ya, saya nak pakai tudung?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN...

Anak : Tapi bu... bukan lebih baik saya memakai tudung kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya... betul tak bu...? Bolehlah bu...

Ibu : TAK BOLEH!

Anak : Kenapa? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai tudung? Ustaz cakap, tudung itu bukan budaya Arab. Itu syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN PAKAI!

Anak : Jadi, Ibu melarang saya... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai tudung. Terserah Ibu nak kata apa. (Tak perlu taat pada orang tua jika menyuruh kita melakukan maksiat pada perintah Allah)

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke? Ibu kata jangan, jangan, JANGAN!!!

Anak : WALAU APAPUN JADI, ESOK SAYA TETAP NAK PAKAI TUDUNG. MUKTAMAD!

Ibu : Jangan pakai, faham tak?

Anak : TUDUNG!

Ibu : JANGAN!

Anak : TUDUNG!!

Ibu : J A N G A N!!!

Anak : T U D U U UN G G G G G!!!!

Shah sudah tidak dapat menahan perasaannya. Dia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itubagi membela si anak supaya si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk pintu....namun Shah terdengar lagi kata-kata daripada si ibu.

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN, JANGANLAH! KAMU KAN LELAKI.....Mana ada orang laki pakai tudung!!! Itu la, masa ustaz bagi ceramah kamu tido!!!
Shah terkedu lalu melangkah longlai ke biliknya semula.


Hehehe, serius betul baca ya....................saya pun terkena!!!

Gelak-gelak juga, tapi ada mesej di dalamnya.
(Ini juga akibat tidak mengenali jiran tetangga :))


Nota:
1. Hukum menutup aurat adalah wajib sama seperti menunaikan solat, puasa, zakat dll. Dalam al-Quran ada sebut, bukan saya yang reka cipta ya.
2. Tiada masalah jika mahu mengikut trend semasa, tetapi biarlah masih dalam batasan syariat. Zaman teknologi kini begitu banyak pilihan, cuma tepuk dada tanya selera.
3. Menutup aurat dapat menjaga maruah dan harga diri. Dengan syarat masih menjaga tingkah laku dan adab. Barulah NAMPAK MANIS DIPANDANG.
4. Cuba latih anak menutup aurat sejak kecil sepertimana potty train, barulah jadi kebiasaan pada mereka.


Macam ustazah cilik ini!

*

*

*

Tiba-tiba terasa mahu anjurkan GA, tapi adakah orang yang mahu sertai?

Wednesday, March 9, 2011

Dedikasi untuk Suami, Muhasabah untuk Isteri

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih sayang antara kamu antara suami isteri."
[Surah Ar-Rum: 21]

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.

Kepada wanitalah
lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,
tidak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tidak logik kayu yang bengkok
menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah,
kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,
nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
nanti mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung,
di situlah segala jawapannya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situ nanti
mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka,
walaupun tidak jadi ratu cantik dunia,
presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,
kerana rahim wanita yang lembut itulah
yang mengandungkan lelaki-lelaki waja
negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan,
bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan
daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.
Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja ramai bos kehilangan secretary
bahkan anak pun akan kehilangan ibu
suami kehilangan isteri
dan bapa akan kehilangan puteri.

Jinakkan diri dengan Allah,
nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
Jangan mengharap isteri seperti Fatimah,
kalau peribadi belum lagi seperti Ali.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan
tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah
pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.


Petikan daripada tulisan Muhammad Ali Qutb
Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam
(Tuhfatul-’Aris Wal-’Arus)

Perjalanan kita masih jauh. Semoga ikatan yang terbina ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan bersambung di akhirat sana. Kita sememangnya berbeza, namun kita sama sebagai hamba-Nya. Peranan kita juga sama. Mari kita sama-sama hidup dalam redha-Nya.


Iffah Farhanah, permata hati penyejuk jiwa.
Amanah Allah untuk kita.
Tanggungjawab kita mengenalkannya pada pencipta-Nya.
Membesarkannya dengan ajaran baginda.
Mendidiknya menjadi hamba dan insan berguna.
Kita perlu lakukannya bersama.
Kerana dia zuriat kita.
Dan Tuhan akan persoalkannya di akhirat sana.

Thursday, March 3, 2011

Konsert

Saya adalah penggemar muzik.
Tetapi hanya muzik yang sedap di telinga sahaja yang saya layan. (Mestilah. Kalau tidak sedap,buat apa layan, sakit telinga dan jiwa sahaja, kan?)

Bila ada sahaja konsert nasyid, saya jarang tidak pergi menonton secara live.
Bukan sebab minat pada artis itu, tetapi minat untuk mendengar muzik, melodi dan lirik itu secara live. Terasa ada kelainan daripada rakaman.
Entah. Ada orang cakap, saya sentimental.

Konsert terakhir saya pergi adalah pada tahun 2009 di UIA iaitu Konsert Opick.
Dua kali Maher Zain datang membuat konsert, saya ajak suami pergi. Tetapi En Suami cakap, dengar sahaja mp3, beribu-ribu kali pun boleh dengar. Ya, memang betul tetapi....Tetapi tidak mengapalah, memikirkan tidak sesuai membawa anak kecil ke konsert dan tidak sampai hati meninggalkan si kecil pada malam hari, saya beralah. (Iffah jangan risau, ummi tak kecik hati pun...)

Sekarang, hari-hari saya buka youtube konsert Maher Zain baru-baru ini. Cuma mahu dengar lagu terbarunya bertajuk Freedom yang dicipta khas mengenangkan perjuangan rakyat Mesir. Sedap alunannya. Jom layan.....!




Ini liriknya yang menyentuh hati

Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us


Credit to Akhi Frizdan

Maher Zain Live in Concert
Melawati Stadium, Shah Alam

25th February 2011
Related Posts with Thumbnails