1 Januari 2012, alhamdulillah saya masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini. Sekarang saya di bilik latihan Akademi Sinergi, Bangi kerana menghadiri pengajian di Sekolah Kehidupan = School of Life = Madrasatul Hayah (SOuL). Sudah sebulan saya kembali belajar di bilik kuliah. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Ramai kenalan baru yang saya temui. Syukur alhamdulillah. Bermula hari ini, saya akan berkongsi dengan rakan pengunjung blog kerdil saya ini tentang ilmu dan pengalaman yang sudah dikutip sepanjang SOuL. Bagi perkongsian pertama, saya bawakan analisis daripada jurulatih SOuL, Tuan Fazrul Ismail berkaitan Subhanallah Effect.
Tajuk : Analisis Subhanallah Effect
Subhanallah Effect (SE) adalah teknik untuk mendorong pendidik mengajar dan mendapat kesan Subhanallah dalam diri sendiri dan pendengar. Berikut ialah beberapa soalan dengan menggunakan 10 prinsip dalam Pemikiran Sistemik. Pemikiran Sistemik diulis oleh Fazrul Ismail. Ia memudahkan lagi proses berfikir dalam memahami sistem.
- Apakah definisi Subhanallah? Dari perspektif bahasa Arab? Quran dan Hadith?
- Apakah kaitan Subhanallah dengan Alhamdulillah dan Allahu Akbar? Apa kaitan dengan dunia fizikal, intelek dan emosi? Bilakah SE tidak sesuai digunakan? Apakah contoh heap dalam dunia pendidikan dan cara berfikir? Apakah contoh heap dalam berzikir Subhanallah selama ini? Adakah SE ini boleh dilaksanakan dengan bantuan buku serta multimedia atau boleh sahaja dimasukkan dalam kemahiran guru secara segera?
- Apakah tahap-tahap menghargai kemanisan Subhanallah? Apakah teknik agar kita dapat mengucapkan Subhanallah dalam kehidupan seharian ketika apa-apa posisi pun? Apakah teknik untuk pendengar dan murid kita mengucapkan Subhanallah ketika berinteraksi dengan kita? Apakah Magnify dan Cross PIES boleh membantu? Pendulum PIES?
- Apakah dimensi Subhanallah yang perlu diberi perhatian? Apakah dimensi Subhanallah boleh digunapakai dalam kelas dan bilik darjah? Di tempat kerja? Apakah threshold yang perlu difahami?
- Apakah sumber yang diperlukan untuk melaksanakan SE? Bagaimana sumber dari manusia yang perlu diusahakan? Bagaimana sumber dari Allah yang perlu ditawakalkan?
- Apakah cara bertindak agar sumber yang ada boleh digunakan membina sekolah atau kelas yang menyebutkan Subhanallah secara istikhlas atau dalam fasa ‘conscious’? Bagaimana untuk menjadikan pelajar mengingati Subhanallah dalam kehidupan seharian? Apakah contoh silibus atau kurikulum yang akan menggalakkan Subhanallah Effect dalam diri pelajar?
- Apakah perubahan yang perlu dibuat untuk melaksanakan SE dalam kehidupan? Di sekolah? Ada kaitan dengan pengetua ? Atau hanya perlu diubah kepada guru-guru? Di rumah?
- Apakah ruang masa yang diperlukan untuk menguasai Subhanallah Effect? Ada kaitan dengan umur kronologi atau umur fizikal? Berapa lama yang diperlukan untuk mampu memguasai kemahiran ini? Menguasai SE tahap tinggi?
- Apakah respon songsang yang dijangkakan ? Mengapa mereka memberi respon begitu? Bagaimana kalau dengan pelajar bukan Muslim? Sesuaikah SE?
- Bagaimana teori dan konsep SE ini boleh dipraktikkan ? Ia perlu tunggu semua guru bersetuju? Semua trainer setuju? Kalau ingin ia disampaikan, apakah kriteria dan training untuk melahirkan lebih trainer SE?
Persoalan-persoalan ini akan dirungkaikan jawapannya pada bengkel minggu ini. Maklumat seperti berikut:
Klik pada gambar bagi maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment