Saturday, May 30, 2009

Jelajah Yakjuj Makjuj di Lembah Klang, Malaysia


Buku terlaris di MPH ketika ini adalah buku Yakjuj Makjuj : Bencana disebalik Gunung karya Muhammad Alexander yang merupakan Pensyarah Sejarah dan Tamadun di Universitas Brawijaya, Indonesia. Karya ini adalah hasil kajian Tesis PhD beliau. Sempena Pesta Buku Read Malaysia 2009 bertempat di The Mines, Seri Kembangan Beliau akan hadir berdiskusi dengan peminat dan pembaca karya ini.


“Sebuah karya yang serius mengenai Yakjuj Makjuj. Menggabungkan 3 kitab iaitu Al-Quran, Taurat dan Injil.” - Prof Dr Zulkifly Yusof (Universiti Malaya)

Berikut adalah jadual jelajah promosi penulis buku Yakjuj Makjuj : Bencana di Sebalik Gunung

30 Mei 2009 (Sabtu) 3.00 – 4.00 pm
Diskusi Buku di MPH Mid Valley, K.Lumpur


31 Mei 2009 (Ahad) 11.00 – 1.00 pm
Forum Diskusi Buku di Pesta Buku Read Malaysia
Panel : Bapak Wisnu Sasongko (Penulis), Dr Muhd Rumaizuddin Ghazali (Pensyarah USIM)
Moderator : Ustaz Zamri Zainal Abidin (IKIM)

31 Mei 2009 (Ahad) 3.00 – 4.00 pm
Diskusi Buku di MPH Alamanda, Putrajaya

31 Mei 2009 (Ahad) 7.30 pm
Kuliah Maghrib di Masjid Putra Nilai, Nilai

1 Jun 2009 (Isnin) 7.30 pm
Kuliah Maghrib di Surau An-Naim, Wangsa Maju

Datanglah beramai-ramai dan kenali SIAPAKAH YAKJUJ & MAKJUJ?


Monday, May 11, 2009

Kebetulan yang Dirancang Tuhan

WAIZ (MALAYSIA) SDN BHD

Pada saya, ia hanya suatu kebetulan. Hakikatnya, pertemuan dengan Encik Hazali dan Puan Roszita di pejabat WAIZ pada Jumaat lepas sudah diatur oleh Pencipta.

Seorang teman tertinggal bateri charger laptopnya selepas tamat kursus di sini. Beliau meminta bantuan saya untuk mengambilnya di pejabat ini. (Pejabat WAIZ di Taman Melawati, manakala pejabat editorial PTS di Wangsa Melawati). Atas dasar "ta'awun 'alal birri wattaqwa", saya bergegas ke sana, lagipun tidaklah jauh mana....

Pasangan suami isteri ini sangat peramah an memuliakan tetamu. Walaupun pertama kali bertemu, dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar, kami berbual dan berkongsi maklumat hampir sejam. Saya dijamu dengan bihun goreng, fresh orange dan sirap (lebihan makanan peserta kursus). Siap bergambar lagi dengan mereka, padahal saya bukanlah peserta kursus pun. Insya-Allah, saya melihat pertemuan ini sebagai ruang untuk bekerjasama selepas ini!



WAIZ adalah syarikat bumiputera yang sudah beroperasi sejak tahun 1999. Mengambil nama anak sulung pasangan bahagia ini. Mereka menyediakan khidmat latihan dan pembangunan kemahiran IT, peningkatan kerjaya kakitangan serta khidmat nasihat dalam bidang teknologi maklumat. Jelajahi laman sesawang ini bagi mendapatkan perkhidmatan latihan yang disediakan oleh mereka.

Sebagai info, mereka adalah orang penting yang bertanggungjawab merekodkan rancangan penulis-penulis PTS di TV.

Saya ditanya oleh Kak Ita (panggilan mesranya), "Firdaus berminat dengan kursus apa?"

Jawab saya, "Indesign! Kalau boleh yang lanjutan!"

"Ya. Diorang (mungkin pegawai PTS sendiri) ada beritahu. Dengarnya kena tunggu sampai person in charge masuk semula lepas bersalin." Kak Ita membalas.

"Aha, ya ya." Saya mengiyakan.

Apa yang menarik di pejabat comel ini adalah dekorasi di dalam dan di luar pejabat. Melangkah sahaja di pintu masuk tingkat bawah, kita disambut dengan ucapan "Selamat Datang" pada karpet merah dan biru yang dipijak. Terasa pemiliknya begitu meraikan kedatangan tetamu. Naik sahaja tangga, kita akan mencium wangian bunga segar di tingkat atas. Apabila melangkah masuk ke dalam pejabat pula, kelihatan pokok-pokok jenis daun segar disusun kemas di dalam pasu di atas meja.



Satu aroma yang menyegarkan dan terapi minda yang mendamaikan! Alangkah baiknya di pejabat PTS dibuatkan landskap sebegitu ditambah dengan kolam air terjun dan ikan berenang-renang dengan bebasnya, alangkah tenang!

***

INSTITUT GENERASI & BISNES KECIL-KECILAN

Perbualan semakin rancak. Saya sebenarnya rasa sangat teruja kerana pertama kali mengetahui pusat latihan sebegini yang dibuka oleh 'orang kita' (Melayu). Saya menceritakan, semasa semester akhir di UIA, saya ada mengikuti Sijil Penyelenggaraan Komputer (Certificate in PC Maintenance) di Insititut Generasi, KL selama empat bulan. Di dalam kelas itu, hanya saya seorang sahaja pelajar perempuan! Tetapi ia tidak mematikan minat saya pada masa itu. Selepas tamat kursus itu, saya mendaftar pula dalam Sijil Sains Komputer & Multimedia, tetapi terpaksa berhenti separuh jalan kerana sebab tertentu.

Alhamdulillah, hasilnya, saya dapat memformatkan pc sendiri. Saya sangat teruja! Saya memulakan bisnes sendiri. Tidak perlu lagi menghantar kepada pelajar lelaki atau brothes (panggilan bagi pelajar lelaki di UIA) apabila berlaku masalah pada komputer. Charge standard RM30, tetapi saya hanya letakkan RM10 sahaja. (Macam orang tidak pandai bisnes sahaja gayanya. Haha...) Lama-kelamaan, nama saya meniti di bibir pelajar-pelajar perempuan (sisters) terutamanya yang mendiami Mahallah Nusaibah dan sama jurusan dengan saya.

Tanpa saya rencanakan dengan teliti, akhirnya saya semakin serius dengan dunia ini. Bermula dengan mengenal pasti kerosakan pc, memformatkan pc, kemudian membuatkan salinan cd drama Korea yang sedang hangat ketika itu, (My Little Bride, Full House, Autumn in My Heart, Kiamat Sudah Dekat {eh, filem Indon ni}), seterusnya perkhidmatan print assignment.

(Sebenarnya, saya juga sibuk mengisi masa dengan kerja part time di cyber cafe mahallah dan mengajar tusyen di rumah. Sebabnya saya hanya ambil 3 subjek pada semester akhir dan saya tidak biasa jika tidak sibuk!)

Dunia bisnes bukanlah perkara baru bagi saya. Saya sudah terjebak sejak zaman sekolah menengah lagi. Pada masa itu, saya menjual telekung dua lapis Amirul untuk pelajar-pelajar SERATA (Sekolah Raja Perempuan Taayah) dan ia berterusan hingga saya ke menara gading. Kini, saya menjadi agen pengedar bagi tudung-tudung bersaiz 60 inci. Ia milik keluarga mertua sahabat baik saya, Nisa'. Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mendapatkannya di HRA Enterprise di Taman Melewar, Greenwood Gombak atau hubungi saya untuk mendapat harga diskaun pengedar.

***

Siang tadi, saya terjumpa sekali lagi dengan En Hazali (WAIZ) di Bengkel Penulisan Sastera Agama untuk Remaja Lelaki anjuran Puan Ainon. Saya memberi cadangan kepada beliau supaya menulis buku Siri Buat Bisnes dengan Khidmat Latihan Perisian Komputer. Saya yakin ramai graduan bidang IT yang tidak mahu makan gaji dan berminat dengan bisnes dapat menjadikan kerjaya ini sebagai ruang mencari rezeki yang halal dan beroleh pahala berpanjangan walaupun selepas mati.

Kata beliau sambil tersenyum, "Insya-Allah!"

Kuberyukur atas nikmatmu, ya Allah!

Thursday, May 7, 2009

Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu

Entri ini ditulis bukanlah kerana mahu menyahut dan meraikan sambutan Hari Ibu yang dianjurkan oleh masyarakat di Barat. Ia lahir atas dasar rasa kangen dan ingatan pada Mama di kampung. Dan secara kebetulan, ia berlaku dalam bulan Mei ini.

Entri ini dapat diambil daripada e-mel yang dihantar oleh rakan sejawat dan juga serumah dengan saya. Semoga ia mampu dihayati oleh diri ini dan juga memberi manfaat buat semua yang membaca. Hayatilah bersama iringan Lagu untuk Ibu yang syahdu nyanyian kumpulan Brothers.



Orang kata aku lahir dari perut mak

(bukan orang kata...memang betul pun)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang...aku suka luah pada....mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin...Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila...aku nak telefon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah."
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

  • Tolong pergi kedai = RM4.00
  • Tolong jaga adik = RM4.00
  • Tolong buang sampah = RM1.00
  • Tolong kemas bilik = RM2.00
  • Tolong siram bunga = RM3.00
  • Tolong sapu sampah = RM3.00
  • Jumlah = RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

  • Kos mengandungkanmu selama 9 bulan = PERCUMA
  • Kos berjaga malam kerana menjagamu = PERCUMA
  • Kos air mata yang menitis keranamu = PERCUMA
  • Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu = PERCUMA
  • Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu = PERCUMA
  • Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku = PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu." Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.


SEKARANG
Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah perkongsian ini kepada sahabat-sahabat anda.

Sekiranya dihantar kepada:
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi ibumu

Hanya doa yang mampu untukmu, Mama...
"Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghira."
Related Posts with Thumbnails