Monday, August 25, 2008

Cuti Penggal Ogos 2008

Bowling di Flamingo, Ampang

Alhamdulillah, panjatkan syukur pada Allah. Plan kite yang beriya-iya untuk mengajak adik-adik kite, mama dan baba bermain bowling tercapai jugak. Dengan tiga sms yang kite kirim bertalu2 pada mama, abang n alang berjaya membuka hati mereka. Akhirnya, selepas mengambil kite pada Khamis malam, 21 hb (malam Jumaat plak tu), kami sampai ke Flamingo Super Bowl, Ampang. Pertama kalinya dalam sejarah keluarga kami! (Ni sebab dah gian main dengan kawan2 PTS) Gembiranya tak terkata!

Kami dapat 1 lane ja, main 4 orang (kononnya). Padahal, kami main 10 orang sebenaqnya. Orang pusat bowling tu tah perasan ka dak tah. Hehehe...Masa ni, banyak la aksi2 yang kelakar semasa membaling bola bowling tu. Awal2 balingan semuanya masuk longkang ja. (Rugi...rugi..duit kite...RM6.80 sorang). Tapi, dah lama2, masing2 mula tunjukkan kehandalan. Ceewah!






Alat toriq ke Flamingo, tiba2 kite dapat call drpd Men, anak pak cik Not. Dia nak belanja makan nasi ayam katanya. Jadi, kite suruh dia terus p ke pusat bowling tu dan jumpa di sana dulu. Ada surprise utk dia. (Dah 2 tahun tak jumpa dia sejak raya 2006) Alang2 nak belanja, silakan la...hehehe

Men, 25 thn

Walaupun pertama kali, tapi kami dapat skor 242 jatuhan pin. Rekod yang boleh dibanggakan!
Insya-Allah, kite bercadang jadikan aktiviti keluarga lepas ni. Kenapalah tak tahu dari dulu lagi...seronok rupanya main bowling! ('',)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails