Thursday, April 21, 2011

Iklan | Pesta Buku Antarabangsa Kembali!

Bismillah.

Hari ini hari paling sibuk bagi semua penerbit buku yang terlibat dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Hari memunggah kotak-kotak buku dari lori ke gerai, memasang rak buku, menyusun atur buku-buku di rak, menghias gerai pameran dan akhirnya keletihan dalam kepuasan. Ini semua saya rasai kali terakhir pada tahun 2008 bersama PTS.

Tahun 2011, saya bersama penerbit Kemilau Publika sibuk di pejabat Kota Damansara. Sekarang kami sedang mengemas barang dan meja, menyusun buku, fail, dokumen dan menyumbat ke dalam kotak, seal dan melabel kotak. Saya masih sempat menjawab e-mel penulis dan mengemaskini blog sementara menunggu van balik menghantar stok buku dari PWTC. (Update blog untuk promosi syarikat majikan saya ye). Kami akan berpindah dan memulakan operasi syarikat di pejabat baru di Saujana Utama, Sungai Buloh pada 1 Mei 2011.

Sebenarnya kami tidak terlibat secara langsung pada PBAKL kali ini, namun bekerjasama dengan Galeri Buku Syabab. Para pengunjung boleh mendapatkan buku-buku terbitan kami di Dewan Tun Razak 3, Gerai C11, C12, C16 dan C17.


Pastikan anda melihat logo ini.


Dapatkan buku-buku terbaru kami dengan diskaun hebat.

Jika mahu lebih penjimatan, print kupon di bawah, bawa ke PBAKL dan tunjukkan semasa membuat pembayaran.


Kami juga mengadakan program Bedah Buku buku terbaru Ustaz Ann Wan Seng bertajuk Biar Orang Cina Pimpin Islam. Bunyi tajuk buku agak kontroversi, justeru jemputlah hadir beramai-ramai mendengar hujah penulis tentang isu ini.

23 April 2011, Sabtu, jam 6 petang di pentas utama PBAKL PWTC


Ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, sepupu-sepupu, mari kita manfaatkan pesta yang meriah ini. Jadikan ia aktiviti wajib keluarga setiap tahun. Pastinya tidak rugi melaburkan sejumlah wang untuk sesuatu yang bermanfaat!

Wednesday, April 13, 2011

Klip Video | Amir Munawer Vs Maher Zain

Saya terlihat pertama kali klip video Seluruh Mahabbah ini di FB teman. Tengok pada namanya, Amir Munawer saya tidak kenal pun. Tapi sedaplah nama itu. Kot boleh letak untuk nama anak seterusnya. Hihi. (Ok, masuk list siap-siap). Cuma nama Ruffedge biasalah dengar sebab suka dengan lagunya Belaian Jiwa.

Baru saya tahu yang penyanyi ini sudah ber'hijrah' lebih dahulu daripada Bob Lokman. Alhamdulillah, semakin ramai di kalangan artis Malaysia sudah mendapat hidayah untuk kembali kepada Pencipta. Mari kita doakan agar lebih ramai di kalangan mereka dan umat Islam seluruhnya terbuka hati, sedar, insaf dan kembali menghayati Islam.

Berbalik kepada lagu dalam klip video ini, ia mengisahkan kecintaan umat kepada Rasulullah SAW. Melodi dan liriknya sangat menyentuh jiwa. Syahdu. Klip videonya juga menarik dan satu kaedah dakwah yang kreatif dan direct to the point. Kalau anak-anak kecil tengok pun mereka boleh faham. Ia menggambarkan sunnah nabi dalam perbuatan dan amalan seharian beliau. Mudah untuk diikuti. Sepertimana klip video Maher Zain bertajuk The Chosen One juga menterjemahkan sunnah Nabi Muhamamd SAW dalam kehidupannya. Sebagai umatnya, kitalah yang seharusnya berbangga mencontohinya.

Mari layan sambil perhatikan.... ;)



Bulan pun pernah menyaksikan kisah,
cinta seorang nabi yang mulia,
apalah daya untuk kita semua,
meraih cinta yang suci dan tulus,

Dilahirkan ke dunia,

untuk kita semua,
dialah pembawa,
cinta sebenarnya,

Ya Rasulullah,

Seluruh mahabbah,
kuberikan kunyatakan,
hanya kepada mu,

Ya Rasulullah,

Seluruh mahabbah,
kuberikan kunyatakan,
hanya kepada mu,

Wajah baginda,

penuh bercahaya,
kekasih Allah yang paling setia,

Bumi Madinah,

menjadi mulia,
menghubung hati yang,
merindu padaNYA.

Dilahirkan ke dunia,

untuk kita semua,
dialah pembawa,
cinta sebenarnya.

Ya Rasulullah,

Seluruh mahabbah,
kuberikan kunyatakan,
hanya kepadamu.




Boleh baca cerita lanjut tentang hijrah penyanyi ini di blog fenomenasyid.

Bila tonton video Islami seperti ini, saya terfikir tentang aktiviti ala-ala Pop Kuiz yang boleh dibuat bersama anak-anak kecil. Orang dewasa pun boleh juga main sebab kadang-kadang kita pun tidak perasan. Contohnya, sebutkan sunnah nabi yang ada dalam video. Sudah tentu sangat banyak. Kemudian, ibu dan ayah bolehlah terangkan dengan lebih terperinci tentang perkara berkaitan dan ajak sama-sama amalkan. Salah satu cara pembelajaran yang tidak membosankan, insya-Allah.

Tuesday, April 12, 2011

La Boutique Caffe Upin Ipin

"Upin Ipin sudah ada kafe sendiri? Betulkah?"

"Betul, betul betul! Kalau tak percaya, tengok sini!"


Lokasi di Seksyen 7 Shah Alam, belakang Jakel

Saya datang ke Shah Alam kerana menghadiri personal coaching dengan Edymart anjuran Edy Marketing. Saya fikir makanan disediakan, rupanya tidak. Saya akan kongsikan dalam entri lain. (Yuran program RM50 sahaja, memang berbaloi. Memang takkan dapat di tempat lain). Maka berkeronconglah perut saya kerana belum makan tengah hari. Selesai program jam 3 petang, saya ajak suami makan di kedai bawah tempat program. Tapi, tiba-tiba saya ternampak restoran budak kembar kepala botak di sebelahnya. Ayat yang terkeluar waktu itu, "Eh, restoran Upin Ipin pun ada?" Terus saya ajak suami ke situ.

Melangkah masuk sahaja ke kafe itu.....


Wahhh!!!

Hiasan di dinding dan keseleruhannya ambil konsep cerita Upin Ipin

Tengok buku menunya, bukan main panjang lagi

Kreatif betul idea Les Copaque.
Mak budak pun suka apatah lagi budak-budak


Upin Ipin dan Iffah - watak baru akan muncul dalam musim baru.
Tengok kepala Iffah, sama macam mereka, kan? Kikiki

Tapi rambut Iffah sudah tumbuh berdikit-dikit.
Heroin ini baru menyulur, lambat lagilah boleh main kejar-kejar dengan Upin dan Ipin


Ini untuk En. Suami - Nasi Goreng Chicken Chop RM13.90

Ini pilihan saya - Spagetti Bolognaise RM8.80

Air teh-O ais RM1.50 + sirap bandung RM1.80

Jumlah semua RM26.
Quite okey
walaupun kami tidak kenyang juga sebenarnya. Huhu


Siapa yang datang bawa anak kecil, pastikan bawa duit besar, ya. Bukan saja boleh makan-makan, aksesori Upin Ipin pun ada dijual di sebelah kaunter bayaran. Silap-silap habis semua mahu dirembat. Cuma maskotnya saja yang tiada di sini. Iffah akan dapat patung Ipin dalam minggu ini sebab ummi sudah booking di sini. Teddy bear Iffah dapat kawan baru, yeay....!!!!

*Apa pula idea Les Copaque sekiranya Boboiboy juga meletup selepas ini?

Thursday, April 7, 2011

Jom Meriahkan! | 2nd Sarakids Open Day

Bismillah. Selamat hari Jumaat yang penuh barakah!

Sekejap saja sudah Jumaat semula. Rasanya baru saja Jumaat minggu lepas. Sempena hari baik ini, saya ingin menguar-uarkan kepada kalian tentang satu aktiviti hujung minggu bersama keluarga.

Bila?
24 April 2011
9.oo pagi - 2.30 petang

Di mana?
Denai Alam Riding Club, Shah Alam

Berapa yuran?
RM50 satu keluarga


Klik di bawah untuk maklumat lanjut.



Tentatif program


Nota daripada penganjur:

1) Jangan bimbang tentang anak-anak. Pelbagai aktiviti (joyride) dan games for kids disediakan di sana!

2) Tempat di DARC adalah sangat santai dan jangan bimbang tentang anak-anak panas (Kipas berhawa dingin) di sediakan dan semua aktiviti berbumbung

3) Acara Red Indian show, Fire eater dan band show akan disajikan kepada ibu2 pada waktu makan dan pasti, ini amat menggembirakan kita satu keluarga

4) Tema pada hari tersebut:

IBU: PINK

AYAH: HITAM

ANAK-ANAK: MERAH

*Wartawan dari semua akhbar, majalah Pa & Ma, TV9, TV3 akan menghadirkan diri, InsyaAllah.

Setakat ini, sebanyak 13 booth telah mendaftar untuk membuat jualan pada hari tersebut. tempat masih terbuka, dan mini bazaar menunggu anda. Setiap 1% dari hasil jualan akan didermakan ke Rumah Amal Kasih Bestari.

Anda berpeluang melihat 20++ kuda yang gagah perkasa dari seluruh dunia dan i bet, anda tak pernah lihat kuda setangkas itu

Artis, VIP yang akan bersama kita pada hari itu? Tunggu


Bagaimana menyertai?

Untuk pendaftaran, sila email ke:

  • ina@sarakids.com atau
  • nurul@sarakids.com atau
  • telefon 03-78475369

Borang penyertaan akan diberi kepada anda Sila nyatakan bilangan ahli keluarga yang hadir bagi tujuan keselamatan dan makanan.

Pembayaran adalah Rm 50 untuk satu keluarga. (makanan disediakan dari pagi-tgh hari)

* Utk yang tidak membuat bayaran tetapi masih mahu memeriahkan majlis, anda dipersilakan, jom datang ramai2 Cuma kupon makanan akan disediakan utk keluarga yang mendaftar dan membuat bayaran.

* Untuk usahawan, sebanyak 20 booth akan disediakan bagi tujuan perniagaan. 1% daripada hasil jualan akan didermakan pada Rumah anak Yatim. Untuk pendaftaran, sila email pada ain@sarakids.com


Meriah, bukan? Bagi yang berkelapangan, jom beramai-ramai kita ke sana! KLIK
Related Posts with Thumbnails